Kebenaran, NASIONAL

Pemindahan organ secara haram di China mengejutkan pakar perubatan Malaysia

Pemindahan organ secara haram di China mengejutkan pakar perubatan Malaysia
Menurut Matas, negara China merupakan pembekal organ manusia utama sejak tahun 1999. (Era Baru)

Seminar “Kisah benar risiko penjualan dan pemindahan organ manusia” telah dianjurkan pada 10 Julai 2012 dengan kerjasama Unit Pemindahan Organ di bawah Kementerian Kesihatan dan Persatuan Pemindahan Organ Malaysia. Seminar yang disampaikan oleh Prof. David Matas – peguam hak asasi manusia yang mendapat pencalonan Hadiah Nobel Keamanan 2010 – ini telah mendapat sambutan hangat daripada ahli-ahli bidang perubatan.

Baru-baru ini, Matas sekali lagi dijemput untuk menyampaikan ceramah tentang perolehan organ daripada manusia hidup dalam kalangan pengamal Falun Gong oleh Parti Komunis China (PKC).

David Matas menyampaikan ceramah tentang perolehan organ daripada manusia hidup dalam kalangan pengamal Falun Gong oleh Parti Komunis China. (Era Baru)

David Matas menyampaikan ceramah tentang perolehan organ daripada manusia hidup dalam kalangan pengamal Falun Gong oleh Parti Komunis China. (Era Baru)

Menurut Matas, negara China merupakan pembekal organ manusia utama sejak tahun 1999. Ramai pesakit dari seluruh pelosok dunia telah menjalankan pemindahan organ seperti jantung, buah pinggang dan kornea di China. Kini, banyak negara telah mengharamkan pemindahan organ di China termasuklah Australia yang telah menghentikan latihan pemindahan organ untuk doktor dari China dan juga Taiwan yang mengharamkan aktiviti pemindahan organ oleh syarikat pengantara.

Perbezaan jenayah perolehan organ secara haram ini di China dengan negara-negara lain ialah jenayah ini didalangi oleh kerajaan China sendiri, iaitu PKC manakala di negara-negara lain, ianya didorongi oleh mekanisme pasaran gelap.

Sebuah buku bertajuk State Organs: Transplant Abuse in China yang mendedahkan perolehan organ dari manusia hidup oleh PKC telah diterbitkan pada Julai 2012 di Winnipeg, Kanada. Buku ini ditulis oleh 5 orang doktor dan 7 ahli etika perubatan dari 7 negara yang berbeza. Sejak penerbitannya, penjualan buku ini melonjak ke nombor tiga dalam tempoh seminggu.

Aktiviti pemindahan organ di rantau Asia turut dibincangandi dalam buku ini memandangkan salah seorang penulisnya merupakan Dr. Ghazali Ahmad, merangkap Perunding Kanan dan Ketua Jabatan Nefrologi di Hospital Kuala Lumpur. Pesakit dikatakan tidak diberikan dokumentasi yang sistematik dan dibenarkan keluar dari hospital sebelum tempoh yang sewajarnya malah sebarang dokumen perubatan tidak dikeluarkan.

Dr. Ghazali Ahmad, Ketua Jabatan Nefrologi di Hospital Kuala Lumpur. (Era Baru)

Dr. Ghazali Ahmad, Ketua Jabatan Nefrologi di Hospital Kuala Lumpur. (Era Baru)

Walau bagaimanapun, kerajaan Malaysia sedang berusaha untuk mengurangkan kadar pemindahan organ secara haram di luar negara dengan menghentikan pembekalan ubat imunosupresif oleh hospital awam secara percuma kepada pesakit yang telah menjalankan pemindahan organ sebegini.

Jurucakap Doctors Against Forced Organ Harvesting (DAFOH), Damon Noto, berkata bahawa jumlah pembedahan pemindahan organ di China telah meningkat berkali ganda sejak tahun 2000 sehingga menduduki tangga kedua di seluruh dunia. Ianya juga dikatakan memiliki kemampuan untuk menemukan organ yang sepadan dalam tempoh yang singkat meskipun tidak mempunyai sistem pendermaan organ yang memuaskan. Hal ini membuktikan kewujudan bekalan organ hidup yang banyak di China.

Apakah itu Falun Gong?

Falun Gong yang juga dikenali sebagai Falun Dafa ialah sejenis senaman qigong yang berasal dari China pada tahun 1992 berlandaskan prinsip kesejatian, kebaikan dan kesabaran untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal.

Pelatih-pelatih Falun Gong berlatih beramai-ramai di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Pelatih-pelatih Falun Gong berlatih beramai-ramai di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Penindasan terhadap pengamal Falun Gong di China bermula pada 20 Julai 1999 oleh Jiang Zemin, bekas presiden PKC, atas dasar syak wasangka dan perasaan cemburunya. Propaganda dan tipu muslihat Jiang mengakibatkan berpuluh-puluh ribu pengamal Falun Gong ditangkap, dipenjara dan diseksa. Ramai di antara mereka telah dibunuh dan diambil organnya.

Era Baru

Kategori:Kebenaran NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...