Keupayaan untuk bekerja secara berpasukan untuk mengatasi sesuatu masalah sering dikaitkan dengan perilaku manusia. Namun begitu, seorang pegawai polis di Missouri telah menyaksikan dan merakam sekumpulan keluarga rakun yang menunjukkan semangat kerjasama yang menakjubkan untuk memanjat sebuah penghadang jalan yang tinggi.

Pegawai polis bernama Chris Williams tersebut menulis pada akaun Youtube yang dimuat naiknya, “Saya seorang pegawai polis di Camdenton, Missouri, dan sedang menjalankan tugas di sebuah sekolah menengah di sini pada hari tersebut. Saya terlihat seekor ibu rakun di atas penghadang jalan bersama salah seekor daripada anaknya. Si ibu kemudiannya menyandar ke depan untuk mendapatkan seekor lagi anaknya di bawah sambil seekor lagi dari anaknya memegang erat kaki si ibu. Ianya contoh terbaik kasih sayang seorang ibu dan kerja berpasukan!”

safe_image-9

Kerjasama berpasukan berlaku apabila setiap individu di dalam sesuatu kumpulan mula bantu membantu antara satu sama lain bagi mencapai sesuatu matlamat. Setiap individu mengorbankan kepentingan diri sendiri agar matlamat yang diusahakan akan tercapai. Banyak yang kita boleh pelajari tentang sikap ini sekiranya kita meneliti kejadian alam semesta di sekeliling kita.

Antaranya, klik pautan di bawah untuk melihat kerjasama berpasukan semut-semut ini. Sangat menakjubkan.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds