Bagi sesetengah pelajar, perjalanan ke sekolah merupakan cabaran getir yang perlu dilalui. Mereka terpaksa menyelusuri lereng-lereng bukit yang sempit, merentasi jambatan usang, menempuh perjalanan yang panjang, dan lain-lain lagi.
Berdasarkan laporan UNESCO, laluan ke sekolah yang mencabar dan tidak diperbaiki merupakan antara sebab utama kanak-kanak di kawasan pedalaman terus ketinggalan di dalam pelajaran.
Ianya juga merupakan salah satu sebab mengapa mereka membuat keputusan untuk berhenti bersekolah.
Mungkin hari ini kita merasakan perjalanan kita ke tempat kerja memenatkan, tetapi perjalanan yang terpaksa dilalui kanak-kanak ini mungkin boleh membuatkan kita mengubah persepsi itu.
1. Lima jam mengharungi lereng-lereng sempit gunung
Kanak-kanak ini perlu mengharungi lereng-lereng gunung yang sempit untuk ke sekolah di kawasan terpencil Gulu, China.
2. Perkampungan Zhang Jiawan, Selatan China
Kanak-kanak memanjat tangga tinggi yang hanya diperbuat daripada buluh.
3. Mengharungi Himalaya di Zanskar, India
Mengharungi cuaca sejuk di pergunungan merupakan aktiviti harian yang sangat merbahaya yang terpaksa dilalui kanak-kanak ini.
4. Lebak, Indonesia
Kanak-kanak memanjat jambatan usang yang rosak untuk menimba ilmu.
5. Menyelusuri kabel sepanjang 800m
Kabel setinggi 400m ini merentasi Sungai Rio Negro, Colombia.
6. Menyeberangi jambatan usang
Seorang penjaga menemani kanak-kanak ini menyeberangi jambatan usang yang merbahaya.
7. Jambatan akar kayu
Kanak-kanak menyeberangi jambatan unik ini ke sekolah.
8. Mendayung sampan
Ada yang terpaksa mengerah tenaga mendayung sampan.
9. Menaiki perahu di Kerala
Kanak-kanak menaiki perahu tanpa jaket keselamatan.
10. Di Sri Lanka
Para pelajar berjalan menyeberangi papan kecil yang diletakkan di atas kubu Galle yang dibina pada kurun ke-16.
11. Menunggang Seladang ke sekolah
Kanak-kanak perempuan dari Myanmar ini menunggang seladang ke sekolah. Di mana dia meletakkan seladangnya setelah tiba di sekolah agaknya?
12. Kereta kuda di Delhi
Kanak-kanak berhimpit-himpit untuk menaiki kuda di Delhi.
13. Merentasi sungai menggunakan rakit buluh
Sangat merbahaya. Pelajar-pelajar ini menggunakan rakit buluh tanpa jaket keselamatan untuk menyeberangi Sungai Ciherang di Indonesia.
14. Perjalanan 200 km merentasi gunung
Para pelajar merentasi gunung ke sekolah di Pili, China.
15. Di Padang, Indonesia
Seorang pelajar merentasi sebatang sungai menggunakan tali sepanjang 30 kaki di Padang, Sumatra, Indonesia.
Adakah anda mempunyai pengalaman perjalanan ke sekolah yang menarik? Kongsikan pengalaman anda dengan kami.
Era Baru
Maybe you're interested :