CYBERJAYA – Berikutan pelaksanaan pengagihan semula spektrum yang telah diumumkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) baru-baru ini, Penyedia Perkhidmatan yang ditetapkan akan melakukan kerja-kerja penentukuran semula stesen pangkalan mereka di seluruh negara yang bermula pada September 2016 hingga Jun 2017.

Pada masa yang sama, Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) menjangkakan proses tersebut akan berjalan lancar dan kemungkinan akan berlakunya sedikit gangguan perkhidmatan kepada pengguna. Namun, pengguna perlu tahu bagaimana untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini.

Bagi mengurangkan kesan pelaksanaan proses pemindahan spektrum ini kepada orang awam dalam tempoh tersebut, Penyedia Perkhidmatan telah dijadualkan untuk melakukan proses penyusunan semula di stesen-stesen terpilih dari 12.00 tengah malam sehingga 6.00 pagi. Walau bagaimanapun, tempoh masa yang diambil bagi proses tersebut mungkin berbeza dan bergantung kepada Penyedia Perkhidmatan masing-masing.

Kenyataan CFM mengingatkan pengguna bahawa mereka mungkin akan mengalami gangguan sementara terutama bagi pengguna 2G yang mungkin akan mengalami gangguan pekhidmatan seperti panggilan terputus dan/atau kelewatan teks mesej/SMS dalam tempoh masa berkenaan.

Jika pengguna mengalami gangguan perkhidmatan yang berpanjangan, CFM menyarankan agar pengguna menghubungi Penyedia Perkhidmatan masing-masing untuk mendapatkan bantuan:

Penyedia Perkhidmatan Talian Hotline

MAXIS 1-800-82-112 or 123 (bagi pengguna Maxis)

DIGI 016-221 1800

CELCOM 019-601 1111 or 1111 (bagi pengguna Celcom)

MCMC 1 800 188 030

Untuk maklumat lanjut, layari laman web CFM di www.cfm.my.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds