Sebuah pasukan astronomi antarabangsa telah menemukan satu jasad cakerawala di ruang angkasa yang telah digambarkan sebagai sebuah planet ‘superearth’.

Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh sebuah institutusi astrofizik di Kepulauan Canaria mendedahkan bahawa planet yang dinamakan GJ 536 b ini mempunyai jisim kira-kira 5.4 kali ganda berbanding Bumi. Ukuran ini melayakkannya untuk digelar sebagai ‘superearth’ – sebuah planet yang memiliki jisim yang sama atau lebih daripada Bumi tetapi tidak luar biasa besarnya.

Ada yang telah membuat spekulasi bahawa jasad-jasad cakerawala ini mungkin sesuai untuk aktiviti geologi bahkan berpotensi didiami.

Walau bagaimanapun, pasukan ini mengakui bahawa planet yang ditemukan ini tidak mengelilingi kawasan bintangnya yang boleh didiami – kawasan yang berkemungkinan besar mempunyai air dan boleh menampung kehidupan. Namun begitu, mereka percaya bahawa orbitnya yang singkat, iaitu 8.7 hari, kilauan bintangnya dan kedudukannya yang begitu hampir dengan matahari membolehkan para astronomi untuk memahami komposisi astmosfera dengan lebih baik.

Para astronomi merancang untuk terus meneroka kawasan sekitar bintang ini kerana “Planet berbatu-batan kebiasaanya ditemukan dalam kumpulan”, sebagaimana seorang pengkaji berkata.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds