Konsert kumpulan Kpop terkenal, Big Bang yang telah ditetapkan untuk berlangsung pada bulan Januari 2017 akan menjadi konsert terakhir di mana ke semua ahli kumpulan mereka akan mengambil bahagian dalam persembahan selepas pengesahan ahli kumpulan ini T.O.P bakal menjalani latihan ketenteraan tidak lama lagi.

T.O.P bakal menjalani latihan ketenteraan tidak lama lagi. (Cartier)
T.O.P bakal menjalani latihan ketenteraan tidak lama lagi. (Cartier)

Menurut maklumat terkini, T.O.P akan berehat daripada dunia seni buat sementara waktu  selepas dia dilaporkan akan menjalani latihan ketenteraan tidak lama lagi. Menurut laman sesawang AllKPop, berita ini telah dikeluarkan pda 14 November yang lepas semasa bintang Big Bang, T.O.P menyerahkan surat rasmi penerimaannya kepada badan polis kerahan daerah Seoul yang dikenali sebagai Seoul District Police Conscripted Policemen. Penerimaan T.O.P telah diumumkan oleh Agensi Polis Kebangsaan Korea Selatan pada 11 November lepas, tetapi penerimaan itu hanya disahkan semula pada 14 November. Anggota kumpulan Big Bang itu akan menjadi sebahagian daripada Pasukan Khas (Special Forces).

A photo posted by T.O.P (@choi_seung_hyun_tttop) on

Thanks❤️ #기뻐 A photo posted by T.O.P (@choi_seung_hyun_tttop) on

T.O.P masih belum mengesahkan tarikh sebenar dia akan menyertai latihan ketenteraan yang diwajibkan kepada lelaki di Korea Selatan itu. Big Bang sangat terkenal di peringkat global dan mereka merupakan salah satu daripada kumpulan-kumpulan KPop awal yang menempa nama semasa gelombang musik Kpop melanda Asia sekitar tahun 2009 di samping Super Junior dan SHINee. T.O.P pernah mengeluarkan album ‘single’ dan nyanyian solo beliau sendiri. Sudah pasti, beliau mempunyai peminat-peminat setia yang mengikuti perkembangan T.O.P. Para peminat kumpulan popular ini pastinya akan merindui penampilan T.O.P.

Thank you A photo posted by T.O.P (@choi_seung_hyun_tttop) on

Pada masa yang akan datang, keempat-empat ahli kumpulan Big Bang yang lain juga akan mendaftar masuk ke dalam tentera. Siapakah pula ahli kumpulan Big Bang yang akan menyertai T.O.P selepas ini dalam program latihan ketenteraan kebangsaan mereka? Nantikan.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds