Kisah dongeng Beauty and the Beast merupakan satu kisah dongeng yang ditulis oleh seorang penulis yang berasal daripada Perancis. Kisah ini memang tidak asing bagi kebanyakan kanak-kanak dan kanak-kanak yang telah membesar menjadi dewasa.

Kisah itu pernah diabadikan oleh Disney dalam bentuk animasi pada tahun 1991 dan ia telah ditonton oleh kanak-kanak seluruh dunia.

h_beautyandthebeast2017_newtrailer_26b3d018 copy

Kini, Disney bakal menampilkan filem kisah dongeng aksi sebenar bagi kisah tersebut. Trailer filem Disney yang dinanti-nanti ramai ini akhirnya telah dikeluarkan dalam sebuah tayangan perdana pada 14 November lepas.

Filem arahan Bill Cordon yang mengisahkan kisah dongeng aksi sebenar ini dijadualkan untuk keluar di pawagam pada 17 Mac, 2017. Bill Condon terkenal dengan arahannya bagi filem Chicago, sebuah filem muzikal yang diminati ramai.

Barisan pelakon filem Beauty and the Beast menampilkan nama-nama hebat yang serasi dengan watak-watak mereka. Watak heroin kisah dongeng klasik Beauty and the Beast yang bernama Belle dipegang oleh pelakon wanita British sensasi, Emma Watson.

emma1

emmaBeliau sememangnya sesuai dengan watak tersebut kerana nama watak itu iaitu Belle, membawa maksud “cantik” dalam bahasa Perancis. Emma Watson akan berganding dengan pelakon kacak, Dan Stevens, yang memegang watak sebagai Beast. Selain itu, watak antagonis dalam kisah itu iaitu Gaston, dipegang oleh Luke Evans.

Filem itu turut menampilan bakat dan suara pelakon-pelakon lain termasuklah Gugu Mbatha-Raw, Josh Gad, Emma Thompson, Audra McDonald, Kevin Kline, Ewan McGregor, Stanley Tucci dan juga Ian McKellen.

Beauty and the Beast merupakan satu daripada filem-filem aksi sebenar Disney yang akan datang. Kesemuanya akan menjadi filem-filem hasil adaptasi daripada katalog filem-filem animasi Disney yang banyak dan sedia popular.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds