Kuala Lumpur – Bagi meraikan kemenangan syarikat penerbangan terbaik bagi rantau Asia Pasifik 2016 terbaru ini, Syarikat Malindo Air akan menawarkan promosi kepada 1 juta pelangganya dengan tambang penerbangan yang murah:

  • Penerbangan satu hala kelas ekonomi dari KLIA/Subang ke Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Langkawi atau Johor Bahru kini berharga RM69.
  • Manakala penerbangan satu hala kelas ekonomi dari KLIA ke Singapura, Bangkok atau Hanoi kini berharga RM109.
  • Harga promosi RM299 juga ditawarkan untuk penerbangan kelas ekonomi satu hala dari KLIA ke Perth, Mumbai atau Hong Kong.

Malindo Air memaklumkan bahawa tawaran tersebut hanya sah bagi pembelian tiket bermula hari ini sehingga 27 November 2016 dan tarikh perjalanan di antara 1 Januari hingga 30 September 2017.

Syarikat penerbangan Malindo Air telah diundi sebagai syarikat penerbangan terbaik bagi rantau Asia Pasifik 2016 pada Persidangan CAPA Asia Pasifik.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Malindo Air, Chandran Rama Muthy berkata, “Kami sangat mengalu-alukan penghormatan yang diberikan pada anugerah berprestij CAPA pada tahun ini. Kemenangan yang sangat bermakna ini adalah hasil daripada dedikasi yang diberikan oleh pasukan kami yang memastikan agar Malindo Air memberikan saingan yang hebat di dalam industri ini.

“Kami sentiasa mengutamakan pelanggan dalam apa jua usaha kami, dan kami juga berusaha untuk memberikan pengalaman penerbangan terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami setiap masa. Kami sangat berbangga dengan perkhidmatan yang kami tawarkan dan sentiasa berusaha untuk melangkaui jangkaan,” tambah Chandran lagi.

Menurut kenyataan Malindo Air lagi, mereka juga memenangi anugerah bagi kategori Syarikat Penerbangan Terbaik pada upacara Anugerah KLIA tahun 2014 dan juga Syarikat Penerbangan Berprestasi Tinggi tahun 2015 yang dianugerahkan oleh Travelport.

CAPA (Centre for Aviation) dan Anugerah Kecemerlangan Penerbangan CAPA telah mula ditubuhkan pada tahun 1990. CAPA merupakan badan bebas penyelidikan pasaran penerbangan merangkumi pembangunan penerbangan antarabangsa.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds