BISNES, Korporat

Usain Bolt kini duta rasmi Syarikat Broker XM

Usain Bolt kini duta rasmi Syarikat Broker XM
Usain Bolt telah menandatangani persetujuan selama 3 tahun sebagai duta rasmi jenama XM. (Trading Point of Financial Instruments Ltd)

LONDON, United Kingdom – Syarikat broker perdagangan mata wang asing XM mengumumkan bahawa manusia terpantas di dunia, Usain Bolt telah menandatangani persetujuan selama 3 tahun sebagai duta rasmi jenama XM.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh XM, Usain Bolt berkata pada upacara pengumuman rasmi tersebut, “Saya sangat gembira untuk bekerjasama dengan syarikat XM. XM dan saya mempunyai nilai jenama yang sama dan kami juga berhasrat untuk menjadi yang terbaik di dalam bidang masing-masing. Reputasi XM telah melonjakkan mereka sebagai pendahulu industri.”

“Seperti XM, tumpuan saya juga adalah untuk menjadi yang terpantas.” Usain Bolt telah melakar sejarah pada pertandingan Olympic 2016 di Rio apabila beliau memenangi 3 pingat emas berturut-turut pada 3 pertandingan Olympic yang berbeza.

Pengarah Pemasaran Kumpulan XM, Chris Anthony Zacharia, pula menambah sewaktu upacara pengumuman rasmi tersebut, “Sejak hari pertama penubuhan syarikat, kami telah berulangkali mengatakan bahawa kepantasan di dalam pelaksanaan merupakan aspek yang paling penting. Kami telah menumpukan pelbagai sumber untuk membina infrastruktur perdagangan kami untuk menampung kepantasan perdagangan yang kami ada pada hari ini.”

XM berkata dalam kenyataan mereka bahawa mereka berasa amat gembira kerana manusia terpantas di dunia kini menjadi duta rasmi syarikat XM. Chris Anthony Zacharia turut berkata,” Kami di XM sangat berbesar hati. Syarikat kami dan Usain Bolt jelas mempunyai prinsip yang sama di industri yang berbeza. Seperti mana semangat dan kepantasan beliau membantu beliau menjadi lelaki terpantas di dunia hari ini, semangat dan kepantasan itu jugalah yang menjadikan XM jenama tersohor dunia hari ini.”

XM kini menawarkan perkhidmatan broker kepada seramai 700 000 pelanggan dari 196 buah negara.

Era Baru

Kategori:BISNES Korporat

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...