Donald Trump, seorang hartanah yang kaya dan memiliki pelbagai aset pernah berlakon beberapa kali dalam filem dan drama. Bakat beliau terserlah dalam beberapa lakonan dan juga pernah menjadi duta dalam beberapa iklan. Kehebatan beliau bukan sahaja dalam perniagaan dan politik malah dalam aktiviti lakonan.

Pada tahun 1992, Donald Trump muncul dalam filem popular iaitu Home Alone 2. Dalam filem tersebut, Donald Trump menunjukkan jalan kepada Kevin yang berada dalam sebuah hotel mewah. Pada masa itu, Donald Trump ialah pemilik hotel ini, yang namanya Plaza Hotel.

output_V8yi3Q-iloveimg-compressed

Pada tahun 1994, beliau pernah membuat kemunculan dalam sebuah drama yang turut dibintangi Will Smith iaitu The Fresh Prince of Bel- Air. Seterusnya, pada tahun 1996 beliau membuat kemunculan dalam filem The Associate dan  juga pernah berlakon dalam Spin City pada tahun 1998. Di samping itu, Donald Trump pernah muncul dalam iklan Pizza Hut.

donald 2

Bakal Presiden Amerika Syarikat ini sungguh berbakat di samping kepakaran beliau dalam hartanah dan kelantangannya mempertahan hak rakyat Amerika Syarikat.

Donald Trump juga pernah membuat kemunculan untuk mencabar dirinya dalam cabaran The Ice Bucket Challenge pada tahun 2004.

icebucket

Namun demikian, tahun hadapan merupakan tahun yang benar-benar  mencabar untuk beliau iaitu memimpin negara sebagai Presiden Amerika Syarikat.


Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds