SHARJAH, Emiriah Arab Bersatu – Pesta Buku Antarabangsa Sharjah (SIBF) 2016 yang diadakan selama 11 hari telah berjaya menarik 2.31 juta pengunjung dari seluruh dunia.

Edisi ke-35 pesta buku ini dibuka kepada masyarakat awam dan ternyata ianya menjadi salah satu acara tahunan terbesar di Sharjah.

Menurut kenyataan yang diisukan oleh pihak penganjur, pesta buku tersebut telah memecahkan rekod terdahulunya tahun ini dengan penglibatan seramai 1 681 penerbit dan 1.5 juta hasil karya dari lebih 60 buah negara.

“Bertepatan dengan visi pemerintah Emiriah Arab Bersatu Sheikh Dr. Sultan bin Muhammad Al Qasimi, kami telah menjadikan Sharjah sebagai pusat kebudayaan dan kesusasteraan utama, selain pusat pertemuan di antara tamadun Timur dan Barat,” jelas Pengerusi  Lembaga Kesusasteraan Sharjah, Ahmad Al Ameri yang berhasrat untuk melebarkan sayap Pesta Buku Antarabangsa Sharjah ke peringkat yang lebih tinggi.

Sejak beberapa tahun yang lalu, pihak SIBF telah mengukuhkan kedudukan mereka sebagai satu tumpuan penting untuk pembelian dan penjualan hakcipta karya. SIBF juga telah melakarkan sejarahnya tersendiri apabila berjaya menyediakan platform untuk rundingan jualan yang mencecah 1,239 rundingan perjanjian di antara pihak penerbit dan golongan profesional hakcipta.

Sejak mencapai kemerdekaan negara, Sharjah kini merupakan salah satu pusat perkembangan kebudayaan tersohor di dalam kalangan negara-negara Arab. Dari permulaannnya pada tahun 1982 yang hanya melibatkan kurang daripada 10 syarikat penerbitan, SIBF telah berkembang dengan pesat dan kini merancang untuk berpindah ke ruang yang lebih besar pada tahun hadapan.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds