Cuba bayangkan, apakah gambarannya jika semua haiwan ini seolah-olah berkawan dan bermesra sesama mereka. Tiada yang menjadi mangsa, tiada juga yang menjadi pemangsa. Bagaikan satu komuniti yang besar, mereka tinggal bersama menikmati sumber yang sama walaupun berlainan jenis, warna kulit dan juga makanan.

a2

a3

Bukankah ini suatu pemandangan yang amat menenangkan hati?

Begitulah jua kita sebagai manusia. Semangat kerjasama dan perpaduan sering dihalang oleh perbezaan yang mampu diatasi. Kita tidak mahu menjadikan perbezaan itu sebagai halangan untuk mencari perpaduan.  Sepatutnya, sebagai sebuah komuniti seperti di kampung atau kawasan kediaman kita perlu meletakkan perpaduan dan harmoni sebagai tunjang utama dalam kehidupan. Dalam konteks di Malaysia, tidak patut ada perbezaan atau halangan untuk bekerjasama walaupun berlainan agama dan bangsa, kerana kita rakyat Malaysia yang lahir atas konsep perpaduan.

Perbalahan dan pertikaian hanya membawa keburukan kepada semua pihak. Tiada yang menang, malah yang kalah dan menjadi mangsa lebih parah. Manusia tidak boleh hidup seorang diri, seseorang itu tetap bergantung dan memerlukan orang lain untuk meneruskan kehidupan.


Sebagai satu motivasi, kita perlu jadikan video ini sebagai pedoman untuk hidup harmoni dan bersatu padu. Lupakan perbezaan, bukakan mata dan hati kita untuk keharmonian sepanjang zaman.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds