PULAU PINANG – Tujuh syarikat teknologi tempatan hari ini mengumumkan penubuhan Konsortium loT Malalysia (MyloTC) dan melancarkan Minggu MyloTC 2016.

Tujuh syarikat tersebut terdiri daripada syarikat SilTerra, Cytron, CEEDtec, K-One, Eclimo, Pensonic, dan Exabytes.

Menurut Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Penggunaan yang meluas aplikasi IoT dilihat sebagai penyumbang utama kepada masa hadapan ekonomi yang berpandukan internet (Internet Economy). Jika situasi ekonomi yang melibatkan internet hari ini adalah berdasarkan data yang dihasilkan oleh 3 billion pengguna internet, dunia baru IoT bakal mengguna pakai data yang dihasilkan oleh 50 billion pengguna menjelang tahun 2020.

Dari segi ekonomi, dijangkakan bahawa nilai ekonomi yang bakal dijana oleh IoT akan mencecah sebanyak $14.4 trillion di antara tahun 2013 dan 2022. Tambahan lagi, Syarikat Perunding McKinsey menjangkakan nilai pertumbuhan ekonomi sebanyak $4 trillion hingga $11 trillion bakal diwujudkan menjelang tahun 2025. Antara peluang aplikasi terbesar bagi IoT adalah di sektor pembuatan dan aplikasi pada bandar-bandar pintar (Smart Cities).

“Kami sangat gembira bahawa Malaysia kini dikenali sebagai sebuah hub penyelidikan dan pembangunan penyelesaian IoT yang baik. Dengan potensi penggunaan IoT yang besar, ianya merupakan satu peluang unik bagi Malaysia dan saya sangat berbesar hati melihat tujuh syarikat tempatan bekerjasama berdasarkan potensi tersebut,” jelas Dato Yasmin Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam  kenyataan MDEC.

Sementara itu Dato Lai Yit Loong, Ketua Penyelaras MyIoTC dan Naib Presiden Kanan Penjualan dan Pemasaran syarikat SilTerra berkata, “SilTerra sangat berbangga untuk menjadi salah satu daripada pengasas MYIoTC. Dengan keupayaan dan rekod baik di dalam pembangunan dan pembuatan litar bersepadu (Integrated Circuits, IC) yang banyak diguna pakai oleh aplikasi IoT seperti jam tangan pintar, rumah pintar, RFID dan meter pintar, SilTerra kini komited untuk bekerjasama dengan pihak agensi kerajaan, institusi penyelidikan, dan syarikat teknologi tempatan untuk terus membina dan membangunkan ekosistem IoT di Malaysia.”

Mengambil kira pasaran IoT yang berserakan, sesebuah syarikat tidak boleh memajukan industri tesebut atas usaha sendiri. Olehan demikian, ahli-ahli MyIOTC membuat keputusan untuk bekerja sebagai satu kumpulan.

Menurut kenyataan lagi, strategi ini dilihat menawarkan nilai yang unik. Konsep bekerjasama berbanding bersaing antara satu sama lain dilihat sebagai satu usaha yang lebih positif. MyIoTC kini berharap untuk memacu perkembangan IoT bersama-sama dengan agensi kerajaan di dalam usaha menjadikan negara Malaysia hub penyelidikan dan pembangunan IoT di rantau ini.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds