KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah bekerjasama dengan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) untuk menyokong agenda Kerajaan dalam membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan untuk memahami Akta Persaingan 2010 dan implikasinya terhadap perniagaan mereka.

Menurut kenyataan MyCC, selama ini mereka menghadapi cabaran dalam memastikan pelaksanaan Akta Persaingan 2010 yang berkesan. Justeru, MyCC telah menganjurkan beberapa program yang memupuk pengetahuan akta tersebut di kalangan PKS di seluruh negara.

Dengan anjuran “Seminar on Helping SMEs Understand the Competition Law” pada hari ini, MyCC harap agar PKS akan mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai proses dan prosedur yang terlibat dalam pelaksanaan akta ini, serta peranan dan fungsi MyCC.

Di samping itu, PKS akan dapat mendengar pandangan mengenai kesan Akta Persaingan 2010 terhadap perniagaan mereka daripada penceramah-penceramah yang memiliki pelbagai latar belakang melalui panel perbincangan.

Penceramah dan moderator untuk sesi seminar ini adalah Iskandar Ismail, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan MyCC; Karunajothi Kandasamy, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Dasar dan Penyelarasan SME Corp. Malaysia; Dr. Nasarudin Abdul Rahman, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM); Dato’ Ir (Dr) Andy Seo, Naib Presiden, Federation of Malaysian Manufacturers (FMM); dan Prof. Dato’ Dr. Sothi Rachagan, Ahli MyCC.

Ditubuhkan pada Jun 2011, MyCC ialah satu badan bebas bertanggungjawab untuk menguatkuasakan Akta Persaingan 2010.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds