Peninggalan dinosaur yang ditemukan di China telah digambarkan sebagai salah satu “fosil paling sedih”.

Menurut laporan Seeker, dinosaur yang dikenali sebagai Mud Dragon ini ditemukan dengan leher dan kepaknya dilebarkan, seolah-olah ia telah mati dalam usaha mencuba untuk melepaskan diri daripada lumpur yang memerangkapnya.

Salah seorang penyelidik berkata, “Kami tidak tahu berapa lama pergelutan berlanjutan namun kami percaya bahawa dinosaur tersebut tidak pernah berputus asa.”

Ia ditemukan di sebuah tapak pembinaan di selatan China. Rangka yang hampir sempurna ini dikesan kembali ke 66 hingga 72 juta tahun dahulu dan telah diberi nama spesies baharu yang diterjemahkan ke “naga berlumpur dalam perjalanan ke syurga” (muddy dragon on the road to heaven).

Sebagaimana kenyataan berita oleh Universiti Edinburgh, “Binatang berkaki dua ini berasal daripada keluarga dinasaur berbulu yang dikenali sebagai oviraptorosaurs dengan kepala yang pendek dan tidak bergigi tetapi berparuh tajam.

Dinosaur ini juga dikatakan berkemungkinan merupakan sebahagian daripada sekumpulan makhluk yang tidak boleh terbang yang mampu berkembang kepada pelbagai spesies sebelum kebanyakan dinasaur pupus 66 juta tahun dahulu.

Era Baru

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds