Falun Gong (juga dikenali sebagai Falun Dafa) adalah sejenis senaman qigong yang berasal dari China pada tahun 1992. Para pelatih Falun Gong dapat meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental dengan berlandaskan prinsip ajaran Falun Gong, “Sejati-Baik-Sabar”.

practice_ch_wuhan
Pelatih-pelatih Falun Gong di Kota Wuhan, China pada tahun 1996.

Dengan amalan nilai-nilai murni serta latihan Falun Gong yang menenangkan, para pelatih dipercayai dapat memulihkan kesihatan mereka dalam masa yang singkat.

Atas keberkesanannya, Falun Gong telah berkembang dengan cepat ke seluruh China dalam tempoh masa 7 tahun. Jumlah pelatih Falun Gong dianggarkan telah menjangkau 100 juta orang dan telah berjaya menarik minat pelatih-pelatih baru dari pelbagai lapisan masyarakat.

Sehingga kini, Falun Gong telah diamalkan oleh pelatih-pelatih meliputi 114 buah negara, merangkumi benua Asia, Afrika, Australia, Amerika Utara dan Amerika Selatan.

kana

Pelatih-pelatih Falun Gong dalam Malaysia.
Pelatih-pelatih Falun Gong di Malaysia.
workshop
‘Workshop’ Falun Gong di Kota Medan, Indonesia.

Pada tahun 2003, Falun Dafa Research Centre telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi yang sah di seluruh Malaysia. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 60 kawasan tapak latihan Falun Gong di seluruh Malaysia. Latihan ini diberikan oleh pelatih-pelatih Falun Gong secara percuma dan secara sukarela di seluruh dunia. Dengan amalan “Sejati-Baik-Sabar”, Falun Gong bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kesihatan tetapi juga meningkatkan kekuatan moral seseorang.

Statistik Kesihatan

Pada tahun 2003, satu kajian telah dibuat ke atas 105 orang pelatih Falun Gong di Malaysia bagi mengkaji keadaan sebelum dan selepas mengikuti latihan Falun Gong. Kajian tersebut membuktikan kesihatan seseorang dapat dipertingkatkan sekiranya seseorang itu berlatih dengan bersungguh-sungguh.

Carta di sebelah merujuk kepada “Carta Kesihatan Selepas Latihan Falun Gong”. Kajian mendapati bahawa 58% daripada pelatih telah pulih sepenuhnya daripada masalah-masalah kesihatan yang dihidapi sebelum mereka memulakan latihan. Tambahan lagi, sejumlah 41% pelatih menunjukkan kesan yang baik, dan hanya 1% yang tiada perubahan.

Kesimpulannya, kesihatan 99% pelatih telah diperbaiki selepas mengamalkan latihan ini. Selain daripada itu, kajian tersebut juga menunjukkan bahawa latihan ini sungguh berkesan dalam pembuangan tabiat-tabiat buruk seperti merokok, berjudi dan ketagihan arak.

Kajian: Meditasi boleh mencegah pengecutan otak akibat proses penuaan

Dengan peredaran masa, otak manusia secara beransur-ansur akan mengecut. Pengecutan yang serius boleh menyebabkan penyakit seperti Alzheimer, kemurungan, strok dan gejala-gejala yang lain. Namun begitu, menurut kajian, meditasi boleh membantu mencegah pengecutan otak (atrofi otak) dan penyakit-penyakit yang berkaitan. Ia juga memberi manfaat besar dari segi mental dan fizikal kepada pengamalnya.

Dalam satu kajian yang diumumkan oleh University of California, Los Angeles, pada tahun 2011 didapati bahawa meditasi boleh melambatkan pengecutan otak akibat daripada proses penuaan. Penolong Profesor Neurologi, Eileen Luders yang menjalankan kajian tersebut berkata, “Jika bermeditasi secara berkala selama beberapa tahun, amalan tersebut boleh melambatkan pengecutan otak daripada proses penuaan.

“Ini mungkin disebabkan oleh faktor meditasi yang boleh menguatkan Sistem Imunisasi secara positif,” ulas Eileen Luders.

Penindasan terhadap Falun Gong bermula

Pada 20hb Julai 1999, bekas presiden Parti Komunis China (PKC), Jiang Zemin memulakan penindasan terhadap pelatih-pelatih Falun Gong di negara China atas dasar syak wasangka dan perasaan cemburu.

Pada masa itu, pelatih Falun Gong dianggarkan seramai 100 juta orang mempunyai pengikut yang lebih ramai daripada ahli Parti Komunis yang berjumlah 60 juta orang. Perasaan syak wasangka Jiang menyebabkan beliau merasakan bahawa gerakan Falun Gong memberikan ancaman kepada kuasa politiknya. Akibatnya, Jiang melancarkan penindasan secara besar-besaran di seluruh negara terhadap pelatih Falun Gong, walaupun keputusan ini ditentang oleh 6 orang ahli politik tertinggi pada masa itu.

Sejak itu, Jiang telah mempergunakan taktik propaganda dan tipu muslihat, selain memaksa pihak media untuk memfitnah gerakan Falun Gong bagi menyemai perasaan benci di kalangan rakyat terhadap latihan ini. Ini menyebabkan ramai penduduk di negara China mempunyai tanggapan yang kurang tepat terhadap Falun Gong.

Akibatnya, berpuluh ribu pelatih Falun Gong ditangkap, dipenjara dan diseksa dengan lebih 100 jenis cara penyeksaan dari segi fizikal dan mental. Ramai yang dibunuh dan organ mereka dirampas. Malahan, keluarga mereka juga turut dihapuskan. Pelatih-pelatih Falun Gong mengalami penderitaan yang tidak dapat dibayangkan. Tindakan Jiang ini dikatakan menyerupai “Bencana hak asasi manusia yang paling besar pada abad ke-21” oleh masyarakat antarabangsa.

Sepanjang 17 tahun ini (dari 20hb Julai 1999 hingga Ogos 2016) seramai 4,030 pelatih Falun Gong telah disahkan diseksa sehingga mati. Jumlah yang terkorban sebenar adalah lebih tinggi, kerana maklumat tersebut ditapis ketat di China.

Antara jenayah yang lebih serius dari itu, dianggarkan seramai dua juta pelatih Falun Gong dibunuh sewaktu organ-organ mereka dirampas tanpa menggunakan sebarang ubat bius ketika mereka masih lagi bernyawa. Organ-organ yang dirampas secara paksaan itu, kemudiannya diperdagangkan oleh PKC secara haram demi mengaut keuntungan besar. Kekejaman PKC dalam “Genocide” (pembunuhan secara ramai-ramai) ini, telah berterusan sehingga ke hari ini.

Jiang Zemin didakwa di lebih 30 negara atas kesalahan “Genocide”

Penindasan kejam rejim Jiang Zemin terhadap Falun Gong ini telah menjadi suatu kesalahan berdasarkan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa Perkara 6 “Genocide (pembunuhan beramai-ramai)” dan Perkara 7 “Jenayah terhadap Kemanusiaan” yang diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1998. Mana-mana pemerintah yang melakukan jenayah terhadap hak asasi manusia ini boleh didakwa di mana-mana mahkamah di seluruh dunia. Setakat ini, Jiang Zemin telah didakwa di lebih 30 negara di seluruh dunia.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Kebenaran VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds