Kejadian berlaku di sebuah kampung di Chatra, India apabila seekor anak gajah sedang berjalan-jalan dengan ibunya, sehinggalah tiba-tiba anak gajah ini terjatuh ke dalam telaga.

Tanpa membuang masa, ibu yang sangat menyayangi anaknya terus menggali lubang untuk bantu anaknya panjat semula ke tanah. Ibu gajah itu cuba menarik anaknya yang malang menggunakan belalai tetapi usahanya terus gagal.

e1

Ibunya tidak berputus asa menggali lubang walaupun tidak dapat menarik  anaknya keluar. Ibu gajah ini semakin kotor dan selama 11 jam, usaha itu kelihatan semakin sukar untuk menarik anak gajah ini keluar daripada lubang tersebut.

e3

Penduduk kampung yang menyedari kejadian malang itu datang membantu. Beberapa orang penduduk menghalang ibu gajah itu daripada terus menggali dengan batang pokok pisang. Kemudian, mereka membuang tanah atas yang menutupi bahagian atas lubang itu. Selepas itu, anak gajah itu berjaya dikeluarkan.

Akhirnya, usaha orang kampung dan ibu gajah berjaya menyelamatkan anak gajah itu. Sudah tentu, ibu gajah itu akan menghargai jasa orang kampung dan menasihati anaknya untuk tidak nakal lagi!

e4

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds