Ayda Jebat, bintang dari Malaysia telah diberikan penghormatan untuk menyanyikan lagu “How Far I’ll Go” bagi versi Bahasa Malaysia. Lagu tersebut merupakan salah satu daripada soundtrack bagi filem muzikal fantasi Disney yang bakal dikeluarkan iaitu “Moana”.

Ayda Jebat, penyanyi berumur 24 tahun, dalam temubualnya untuk Cinema Online’s Moana di Marina Bay Sands Expo and Convention Centre telah mengatakan bahawa beliau didekati oleh seorang wakil daripada Disney South-east Asia beberapa bulan yang lepas berkenaan projek ini.

“Projek ini merupakan peluang yang baik dan ini merupakan kali pertama saya berkolaborasi dengan Disney”, kata penyanyi berkenaan.

“Lagu itu sangat hebat dan ia sangat susah untuk dinyanyikan kerana saya perlu menyampaikan emosi lagu itu semasa menyanyikannya. Ada banyak “notes” yang tinggi juga,” tambahnya lagi.

Menurut penyanyi itu, beliau mengambil masa selama tiga jam dan lima kali percubaan untuk menyanyi lagu itu dengan baik bagi rakaman.

Setelah dialih bahasa, versi Bahasa Malaysia bagi lagu tersebut diberi tajuk “Bawaku Berkelana” dan ia merupakan sebuah lagu yang sangat memberikan semangat bagi semua yang akan mendengarnya. Lirik lagu tersebut berkisarkan monolog dalaman heroin cerita tersebut iaitu Moana. Versi asal lagu ini dinyanyikan oleh Alessia Cara.

Terdapat versi nyanyian dari penyanyi yang membawa lagu tema filem “Moana”dalam bahasa negara masing-masing. Turut menyanyikan lagu tema itu ialah:
1. Janelia Salvador, 18 tahun, wakil dari Filipina.
2. Maudy Ayunda, 21 tahun, wakil dari Indonesia.
3. Ayda Jebat, 24 tahun, wakil dari Malaysia
4. Myra Maneepat Moiloy, berusia 19 tahun dari Thailand.
5. Minh Nhu, berusia 17 tahun dari Vietnam.

Filem “Moana” mengisahkan pengembaraan seorang remaja bernama Moana yang keluar untuk menyempurnakan satu misi yang berani untuk menyelamatkan masyarakatnya. Dalam perjalanan beliau, Moana bertemu dengan seorang demigod Maui yang pada suatu masa dahulu merupakan seorang yang hebat. Beliau telah membantu dan membimbing Moana untuk menyempurnakan tugasannya yang sukar.  Mereka bersama-sama merentas lautan terbuka dalam satu pelayaran yang penuh dengan aksi apabila mereka berhadapan dengan pelbagai makhluk dan situasi yang di luar jangkaan.

Media-media yang berpengaruh seperti Forbes, Hollywood Reporter, dan Entertainment Weekly memberikan komen mereka tentang filem ini.

Forbes:

“Moana”merupakan satu kejayaan. Filem ini merupakan sebuah kerja yang dihasilkan dengan penuh keyakinan dan pembuat filem ini tahu bahawa filem ini juga mempunyai keyakinan dan kepercayaan daripada penontonnya.

Hollywood Reporter:

Filem ini sangat menarik hati, menarik dari segi visual dan juga latar bunyinya di samping mempunyai humor yang menyeronokkan. “Moana” menunjukkan seni kontemporari Disney yang terbaik – ia menampilkan pengembaraan yang penuh dengan warna dengan teknik DG animation, teknik penceritaan yang tradisional serta watak-watak yang menarik. Semuanya tampil hidup dengan pemilihan suara-suara watak yang sesuai.

Entertainment Weekly:

“Moana” bukan hanya satu kejayaan bagi filem animasi klasik Disney, filem ini juga telah memperkenalkan semula genre tersebut kepada tahun 2016, di mana ia menunjukkan seorang heroin yang bijak dan meyakinkan dalam melawan makhluk-makhluk lava serta dalam melawan ketidakyakinan diri sendiri.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds