Kota Kinabalu dikejutkan di tengah malam dengan kehadiran seekor buaya yang panjangnya hampir 2 meter pada hari Sabtu lepas, 5 November 2016.

Buaya tersebut telah ditangkap oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) pada jam 2 pagi setelah seorang pejalan kaki membuat laporan bahawa terdapat seekor buaya yang berkeliaran di Jalan Karamunsing, berhadapan dengan bangunan lama RTM.

Menurut Daily Express, pejalan kaki tersebut yang dikenali sebagai Annie, sedang dalam perjalanan pulang ke rumah setelah berjumpa dengan rakan-rakannya dari Sarawak. Pada mulanya, beliau menyangka bahawa buaya tersebut hanyalah seekor biawak yang sangat besar.Setelah menyedari bahawa ianya seekor buaya, beliau segera menghubungi pihak JPAM.

Direktor JPAM, Kolonel Mulliadi Al Hamdi Ladin berkata mereka menerima laporan pada jam 2 pagi dan bergegas ke tempat kejadian untuk menangkap buaya tersebut. Menurutnya, buaya tersebut berjaya ditangkap oleh pasukan JPAM hanya dalam masa tiga minit.

Reptilia seberat 55kg itu dipercayai datang dari sebuah parit dan boleh dikatakan bahawa ia bersikap agak agresif. Menurut Kolonel Mulliadi Al Hamdi Ladin lagi, ianya sangat janggal untuk melihat buaya di luar habitatnya.

Tiada yang tercedera dalam insiden Sabtu lepas dan buaya tersebut akan dibawa ke Jabatan Perhilitan Lok Kawi.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds