Pada 14 November 2016, kita berpeluang menyaksikan fenomena astronomi yang menakjubkan, iaitu supermoon yang terbesar pada abad ini. Fenomena ini hanya dapat disaksikan sekali seumur hidup.

Supermoon pada 14 November ini adalah yang terbesar sejak 1948. Fenomena supermoon hanya akan berulang pada 25 November 2034.

Tepat pada jam 7.23 malam pada 14 November ini, jarak antara bumi dan bulan hanyalah sekitar 356.509 km. Dua minggu sebelum supermoon pula, bulan akan berada di titik terjauh (apogee) dari bumi.

Fenomena supermoon ini akan menyebabkan bulan purnama kelihatan lebih besar, bulat dan terang daripada biasa.

Dalam astronomi, fenomena ini digelar perigee full moon. Istilah ‘supermoon’ mula terkenal sejak bulan purnama pada 9 Mac 2011. Supermoon berikutnya telah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 September 2015.

Supermoon yang akan datang ini akan menyebabkan bulan memiliki diameter sudut kira-kira 7% lebih besar daripada bulan purnama biasa. Supermoon juga kelihatan 30% lebih terang.

Tanpa teleskop, anda mungkin akan mengalami kesukaran melihat perbezaan supermoon ini tetapi melalui teleksop, perbezaan diameter sudutnya akan jelas kelihatan.

Anda juga tidak perlu bimbang bahawa fenomena ini akan mencetuskan bencana alam walaupun matahari, bumi dan bulan akan selaras di alam suria kerana kesannya kepada bumi adalah sangat sedikit bahkan tidak dapat dikesan. Walaupun ramai ahli sains telah mengkaji hubungan antara supermoon dengan bencana alam di bumi, hubungan yang signifikan belum ditemukan.

Jom saksikan supermoon yang jarang berlaku ini!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds