Menggunting rambut merupakan kerjaya bagi lelaki dari India ini yang bernama Dasharath Kumar. Ramai orang di kampungnya menggunakan perkhimatan yang ditawarkan oleh beliau.

Namun, satu kejadian yang tiba-tiba menimpa lima tahun lalu telah mengubah kepakaran dan kemahiran yang dimilikinya. Kejadian itu ialah apabila sedang menggunting rambut, kampungnya terputus elektrik termasuklah kedai gunting rambut miliknya.

Mungkin untuk penggunting rambut yang lain termasuklah kita, kebiasaannya akan menghentikan apa-apa pekerjaan jika bekalan elektrik terputus, namun tidak bagi jejaka ini.

Tahukah anda apa yang beliau lakukan dalam mengatasi masalah bekalan elektrik terputus? Beliau telah mencuba mengguntingkan rambut pelanggan dengan menggunakan lilin sahaja dan hasilnya berjaya.


Kini, jejaka yang berusia 28 tahun ini terus mengguntingkan rambut menggunakan lilin dan menarik lebih ramai lagi pelanggan datang ke kedai beliau. Api lilin menjadi inspirasi dalam kerjaya beliau sehingga ramai yang sanggup membayar sehingga 1 Pound untuk mencuba idea yang bernas ini sedangkan harga biasa hanyalah 20 Pence.

Itulah yang dikatakan inspirasi, tiada sesiapa yang sedar inspirasi itu melainkan diri kita sendiri dan menggunakan inspirasi tersebut sebagai satu anjakan paradigma dalam kehidupan seperti yang dilakukan Kumar.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds