KUALA LUMPUR, 4 November – Bank EXIM telah menyumbangkan RM100,000.00 kepada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA) untuk menyokong inisiatifnya, iaitu penerbitan sebuah buku teks mengenai Ekonomi Islam.

Bank EXIM berkata dalam kenyataan mereka bahawa, penerbitan buku ini dijangka akan mendatangkan manfaat yang signifikan kepada industri kewangan Islam, terutamanya pengukuhan sumber pengetahuan dengan penyediaan satu sumber rujukan bagi pelajar, ahli akademik dan pengamal industri.

Buku teks ini akan mengandungi 20 bab dengan sumbangan idea daripada ahli-ahli akademik dan pakar-pakar yang berkaitan dalam bidang masing-masing. Buku teks ini juga akan membentangkan kombinasi kajian-kajian kes yang merangsang pemikiran, soalan-soalan berdasarkan perbincangan dan rujukan.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada ISRA kerana setia memainkan peranannya sebagai repositori pengetahuan dengan melaksanakan projek ini. Saya amat yakin bahawa penerbitan buku ini akan menjadi satu sumber maklumat dan rujukan yang tidak terhingga nilainya kepada semua orang yang berminat untuk mempelajari dan memahami kewangan Islam,” kata Presiden/Ketua Eksekutif Bank EXIM, Cik Norzilah Mohammed dalam kenyataan Bank EXIM.

“Bank EXIM merupakan Institusi Pembangunan Kewangan yang menyediakan pembiayaan merentas sempadan untuk perniagaan Malaysia yang meneroka pasaran luar. Perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah produk-produk perbankan dan takaful. Oleh itu, tajaan kami merupakan lanjutan sumbangan kami kepada industri kewangan Islam dalam negara,” tambahnya.

Prof. Dr. Mohamad Akram Laldin, Pengarah Eksekutif ISRA pula berkata, “Sememangnya, sokongan kewangan Bank EXIM sangat penting kepada ISRA untuk memulakan projek buku teks kewangan Islam ini yang telah lama dinanti-nantikan dan dibayangkan sebagai sumber rujukan utama yang komprehensif bagi para akademia, pengamal industri dan pengawal selia industri.

ISRA ditubuhkan pada Mei 2008 oleh Bank Negara sebagai institusi kewangan Islam dan penyelidikan Syariah.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES Ekonomi NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds