BISNES, Korporat, NASIONAL

Technology Park Malaysia bekerjasama dengan SBA Korea dalam Program Inkubasi

Technology Park Malaysia bekerjasama dengan SBA Korea dalam Program Inkubasi
Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Dato’ Ir Mohd Azman Shahidin (dua dari kiri) dan Pengerusi TPM, Dato’ Ahmad Fauzi Zahari (tiga dari kiri) bersama pegawai pegawai kanan SBA. (TPM)

KUALA LUMPUR, 2 November – Technology Park Malaysia (TPM) semalam telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Seoul Business Agency (SBA) yang menguruskan Digital Media City, Korea Selatan, untuk bekerjasama membangunkan program co-incubation.

Objektif program tersebut adalah untuk merangsang kelompok industri ICT, bioteknologi dan sains hayat, kejuruteraan maju dan teknologi hijau.

Usahasama TPM-SBA dijalin bagi merangsang kerjasama serta mewujudkan perkongsian pintar antara usahawan dan perusahaan Korea Selatan dan Malaysia, menurut kenyataan TPM. Usahasama tersebut juga membolehkan kedua-dua inkubati TPM dan SBA untuk bersama-sama meneroka peluang perniagaan dan pelaburan baru dalam arena global.

MoU tersebut ditandatangani antara Ketua Pegawai Eksekutif SBA, Encik Joo Hyung Chul dan Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Dato’ Ir. Mohd Azman Hj. Shahidin. Pengerusi TPM, Dato’ Ahmad Fauzi Zahari turut menyaksikan majlis menandatangani MoU berkenaan.

Technology Park Malaysia (TPM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Seoul Business Agency (SBA) Korea Selatan, untuk bekerjasama membangunkan program co-incubation. (TPA)

Technology Park Malaysia (TPM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Seoul Business Agency (SBA) Korea Selatan. (TPA)

Menurut Dato’ Ahmad Fauzi, konsep co-incubation menyediakan platform untuk pusat inkubator, taman teknologi atau universiti dalam dan luar negara untuk berkongsi sumber dalam menyumbang ke arah pembangunan perniagaan baru.

Beliau berkata bahawa, dengan menggunakan konsep tersebut, pusat inkubator dapat beroperasi dengan lebih efisyen pada kos yang lebih rendah menggunakan sumber sedia-ada.

“Pelaksanaan konsep dan inisiatif seperti ini akan memberi faedah kepada usahawan dan syarikat permulaan di rantau APEC/ASEAN. Ia akhirnya akan turut manfaatkan inkubator.

“Ini adalah berdasarkan kepada andaian bahawa inkubator di rantau ini adalah terbuka kepada usahasama inter-operability dengan inkubator lain; sumber yang ditawarkan adalah sama dan amalan seragam dilaksanakan oleh inkubator di rantau ini, untuk memastikan bahawa syarikat-syarikat baru diberi peluang yang sama di setiap negara,” jelas Fauzi.

Technology Park Malaysia (TPM)  bekerjasama dengan Seoul Business Agency (SBA) untuk membangunkan program co-incubation. (TPA)

Technology Park Malaysia (TPM) bekerjasama dengan Seoul Business Agency (SBA) untuk membangunkan program co-incubation. (TPA)

TPM setakat ini telah mewujudkan program co-incubation dengan Hong Kong, Indonesia, Singapura, Filipina, Thailand, Vietnam dan Korea Selatan demi mengembangkan aktiviti pengantarabangsaan,

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...