Kuala Lumpur, 31 Oktober – Pertandingan All About Youth (AAY) anjuran Petronas kini kembali dengan penyertaan “all-star”.

Dengan pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan, AAY All Star 2016 menyaksikan penyertaan semula 30 buah sekolah daripada Terengganu, Kelantan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak yang dipilih daripada senarai bekas peserta program ini. Sekolah-sekolah ini diwakili oleh pelajar-pelajar Tingkatan Empat masing-masing dan setiap sekolah telah menerima geran bernilai RM 1,000 untuk mengembangkan projek-projek mereka.

“AAY ialah program Pelaburan Sosial Korporat (Corporate Social Investment) yang dibangunkan untuk memperkasa golongan belia dan program ini sedang dilaksanakan di kawasan-kawasan terpilih yang berhampiran pusat operasi Petronas. Kami telah memutuskan untuk menggunakan edisi “all-star” bagi tahun ini demi memastikan projek-projek kami yang lepas dapat dikembangkan untuk memastikan kemampanan projek itu,” kata Pengurus Besar Kanan Petronas bagi Komunikasi Strategik Kumpuan, Zahariah (Liza) Abdul Rahman dalam kenyataan Petronas.

Menurut kenyataan lagi, program yang berusia tiga tahun ini bermula sebagai projek perintis yang bertujuan untuk memupuk belia yang serba boleh dalam bidang pembangunan sosial, kesejahteraan masyarakat dan alam sekitar.

Salah sebuah institusi yang mengambil bahagian, Kolej Vokasional Bintulu di Sarawak, baru-baru ini telah melancarkan prototaip yang telah mereka pertingkatkan yang dipanggil “Pouch Bag for Blind People“, atau beg kantung untuk orang cacat penglihatan, yang merupakan projek yang akan memberikan bantuan dan kemudahan pergerakan kepada golongan cacat penglihatan.

Aktiviti Petronas AAY telah bermula pada akhir bulan Oktober. Setiap pasukan sekolah, terdiri daripada 20 pelajar, akan diberi kursus ulang kaji dan seorang sukarelawan berkhidmat sebagai “buddy” atau teman untuk memberi bimbingan dan sokongan. Setiap pasukan mempunyai empat minggu untuk menyiapkan projek akhir mereka dan penghakiman adalah berdasarkan kepada kreativiti, peningkatan dan kemampanan projek berkenaan, kesan ke atas masyarakat dan kejelasan dalam penyampaian.

Setelah pemilihan finalis, sebuah Grand Finale akan diadakan di Kuala Lumpur untuk meraikan usaha dan kejayaan para pelajar yang terlibat. Sekolah yanag menang akan diumumkan pada acara kemuncak dan akan menerima hadiah utama bernilai RM50,000 bagi tujuan menaik taraf projek-projek mereka yang sedia ada. Di samping itu, setiap ahli pasukan yang menang akan menerima wang tunai dan hadiah yang bernilai RM1,000, manakala ahli-ahli pasukan dalam kategori tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima wang tunai dan hadiah yang bernilai RM800 dan RM500.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds