Lampu suluh merupakan salah satu keperluan semasa berkhemah pada waktu malam. Kini, sejenis lampu suluh baharu telah dicipta. Keajaiban lampu suluh ini terletak pada kekuatan sinarannya yang mampu membakar kertas yang disinari selain menggoreng telur. Oleh itu, bawalah lampu suluh ajaib ini semasa perkhemahan menggantikan mancis dan pemetik api.

Lampu suluh yang dikenali sebagai FlashTorch Mini ini merupakan produk Syarikat Wicked Lasers yang menghasilkan peranti berasaskan konsep laser dan lampu suluh. Lampu suluh ini merupakan versi baharu Flash Torch, iaitu lampu suluh yang boleh menyalakan api secara langsung. Versi baharu selepas penambahbaikan ini adalah 40% lebih kecil daripada ukuran produk asal dan kini lebih mudah dibawa ke mana-mana sahaja.

FlashTorch Mini yang berukuran 219 mm panjang dan 387 gram berat ini memiliki tenaga sinaran mencapai 2300 lumen dan kemampuan untuk menyalakan api dan memasak. Keamatan sinarannya adalah hampir sama dengan sebuah projektor video yang digunakan di dalam dewan kuliah.

Lampu suluh ini menggunakan lampu halogen dengan masa pakai maksimum 1000 jam. Lensa termal dan reflektornya dapat memancarkan cahaya maka membakar kertas yang disinari secara langsung selain dapat menggoreng telur atau membuat masakan sederhana dengan mengarahkan sinarannya pada cawan keluli atau peralatan memasak lain.

Lampu suluh ini dioperasi dengan bateri yang boleh dicas semula. Peranti ini dijual pada harga AS$200 atau sekitar RM 830.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds