Sebuah gambar baru yang diperolehi dari pesawat ruang angkasa Juno menunjukkan planet Jupiter dengan wajah tersenyum lebar. Imej tersebut merupakan salah satu gambar terakhir sebelum komputer pesawat itu hancur.

Senyuman tersebut adalah dari atmosfera planet yang berpusar di Kutub Selatan, menurut NASA yang telah melakarnya ketika imej Jupiter kurang jelas dari pandangan kamera Juno.

Imej tersebut diproses oleh Randy Ahn, saintis yang telah menyalin dan mengolah ciri-ciri gambar tersebut agar ianya kelihatan lebih jelas.

Ahn adalah salah satu dari beberapa orang saintis yang membantu para peneliti NASA untuk memproses kumpulan data dari instrumen JunoCam melalui pesawat ruang angkasa Juno.

Imej lain yang dihasilkan oleh Alex Mai, mengungkapkan bahagian Jupiter yang diterangi matahari bersama dengan atmosfera planet yang sedang berpusar.

JunoCam memiliki pasukan operasi yang kecil dan tidak dilengkapi dengan pengolah foto, jadi kami berharap agar pihak masyarakat akan melangkah dan membantu kami menghasilkan foto-foto Jupiter dari data mentah,’ kata Candy Hansen, pakar pengimejan JunoCam dari Planetary Science Institute di Tuscon, Arizona.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds