Firma Hansoft yang berasal dari Sweden akan melancarkan sebuah platform bagi membawa amalan pengurusan kerja yang lebih tangkas untuk tenaga kerja berskala besar dan global.

Hansoft memulakan platform ini melalui Favro, perkhidmatan alat perancangan dan kerjasama (planning and collaboration) atas talian (online). Favro merupakan sebuah perisian bagi tujuan pengurusan projek.

Pasukan Hansoft telah menghabiskan satu dekad untuk merekabentuk alat yang cekap dan inovatif bagi meningkatkan pengurusan projek yang lebih tangkas.

“Kami mahu membawa konsep ketangkasan bekerja kepada semua pihak. Ianya bukan hanya untuk pemaju produk, tetapi juga pasukan yang melakukan jualan, pemasaran, pengurusan eksekutif, dan semua orang dalam organisasi. Dengan Favro, kami membina alat perancangan dan kerjasama sebagai alat yang paling mudah digunakan di pasaran, dan ia juga mampu menangani masalah di tempat kerja dalam syarikat-syarikat perniagaan hari ini, “kata Patric Palm, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Favro.

Peningkatan kuasa autonomi dalam sesebuah pasukan menyebabkan wujudnya beberapa sistem tersendiri dalam satu organisasi dan ini membuatkan kerjasama antara pasukan lebih sukar. Favro Enterprise boleh diakses secara online dan melalui aplikasi mudah alih.

Pelan percuma dan standard telah dikeluarkan dalam bentuk soft-launch sebelum pelancaran awam Favro Enterprise. Pelanggan-pelanggan yang awal dapat merasai sendiri kelebihan Favro Enterprise dan kebolehgunaan alat itu bagi organisasi mereka. Salah satu daripada pengguna terawal Favro Enterprise ialah Unity Technologies, perisian permainan global yang terkemuka.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds