IPOH, 25 Oktober – Agrobank hari ini meneruskan penganjuran siri bicara bisnes “Agenda Agro: Prospek dan Peluang dalam Sektor Pertanian” dengan matlamat untuk memberi pendedahan kepada pelanggan Agrobank berkenaan potensi dan peluang dalam sektor pertanian.

Program ini juga memberi nilai tambah buat usahawan tani untuk mendapatkan maklumat terkini tentang polisi kerajaan dalam membantu meningkatkan pendapatan dan taraf sosio-ekonomi mereka.

Menurut Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi Lembaga Pengarah Agrobank, program Agenda Agro dapat membantu para pelanggan untuk melihat industri pertanian dari perspektif yang lebih luas khususnya di negeri Perak yang mempunyai potensi besar dalam industri terutamanya dalam sektor tanaman industri seperti kelapa sawit dan getah.

Beliau berkata bahawa prospek dan peluang dalam sektor pertanian adalah sangat besar. Semakin ramai orang kini berminat untuk menjalankan aktiviti pertanian berasaskan pertanian.

“Ini dapat kita lihat dengan jumlah pembiayaan yang diberangsangkan oleh Agrobank. Untuk suku ketiga tahun 2016, Agrobank secara keseluruhan telah mencatatkan nilai pembiayaan RM8.44 billion yang merekodkan pertumbuhan sehingga 13.40% berbanding 3.3% yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lalu. Sebanyak RM5.1 billion atau 59.9% daripada jumlah tersebut adalah pembiayaan bagi sektor pertanian primer. Manakala RM3.1 billion daripada sektor pertanian primer ini merupakan pembiayaan bagi segmen agromakanan,” kata Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Tambah beliau lagi, Negeri Perak merupakan sebuah negeri yang berpotensi besar dalam industri pertanian. Potensi ini dapat dilihat pada prestasi memberangsangkan negeri ini di mana setakat September tahun 2016, Perak telah menyumbang sebanyak 11% atau RM938.87 juta dari nilai keseluruhan pembiayaan Agrobank berjumlah RM8.44 billion.

“Industri tanaman merekodkan nilai pembiayaan tertinggi iaitu sebanyak 48% atau RM449.75 juta dari nilai keseluruhan pembiayaan. Untuk makluman, tanaman kelapa sawit menjadi penyumbang utama dengan nilai RM185.17 juta,” kata Dato Wan Mohd Fadzmi.

Program ini dihadiri oleh 120 orang tetamu di Ipoh, Perak. Perak merupakan lokasi yang kelima selepas penganjuran di empat lokasi sebelum ini iaitu di Perlis, Pahang, Sarawak dan Johor.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds