SAN FRANSISCO – Pada petang 22 Oktober, Wang Liansu bersama-sama 1500 pengamal Falun Gong dari seluruh dunia berhimpun di hadapan Pejabat Konsulat China di San Fransisco.

Para pengamal Falun Gong berkumpul, berhimpun sambil menyalakan lilin di sepanjang Laguna Street bagi memperingati penganiayaan yang kejam yang berlangsung sejak 1999 sehingga sekarang. Lebih memilukan, bilangan mangsa yang terbunuh juga tidak dapat diketahui kerana terlalu ramai.

Wang berasal dari China dan kini menetap di San Fransisco pernah dipukul secara kejam dan direnjat dengan cota elektrik banyak kali sepanjang 12 tahun meringkuk di dalam penjara.

Wang Liansu bersama-sama 1500 pengamal Falun Gong dari seluruh dunia berhimpun di hadapan Pejabat Konsulat China di San Fransisco. (Benjamin Chasteen/Epoch Times)
Wang Liansu bersama-sama 1500 pengamal Falun Gong berhimpun di hadapan Pejabat Konsulat China di San Fransisco. (Benjamin Chasteen/Epoch Times)

Menurut beliau, terdapat beberapa kesan parut dan lebam yang masih kelihatan. Misalnya pada bahagian rusuk kirinya terdapat kesan lebam sebesar telur.

Jiang Zemin, bekas pemimpin China telah memulakan kempen penindasan kepercayaan Falun Gong yang mengamalkan prinsip Sejati, Baik, Sabar, serta mengamalkan senaman perlahan iaitu senaman qigong sebagai salah satu gaya hidup. Prinsip dan senaman ini diamalkan bagi meningkatkan daya ketahanan mental dan fizikal.

Pada tahun 1999, Jiang Zemin memulakan propaganda dengan menanamkan sifat kebencian terhadap Falun Gong. 70-100 juta rakyat China yang berpegang kepada ajaran ini menghadapi kebahayaan ditangkap, ditahan dan diseksa.

Kempen propaganda ini bukan sahaja untuk rakyat China, malah ke seluruh dunia. Parti Komunis China yang memerintah kerajaan China, menggunakan kuasa dan media untuk menyebarkan maklumat-maklumat palsu mengenai Falun Gong ke seluruh dunia.

Wang Liansu, seorang jurutera mekanikal berusia 49 tahun mengambil inisiatif sendiri dengan mencetak risalah mengenai kebenaran  kepercayaan Falun Gong. Risalah-risalah ini disebarkan kepada orang ramai dan dicetak di sebuah kedai kecil di Bandar Changchun, Wilayah Jilin.

Usahanya itu disedari pihak berkuasa, dan pegawai polis telah menyerbu masuk rumahnya dan menangkap beliau.

1500 pengamal ajaran Falun Gong berhimpun di hadapan Pejabat Konsulat China di San Fransisco bagi memberitahu masyarakat bahawa penindasan pengamal Falun Gong masih lagi berlaku di China. (Benjamin Chasteen/Epoch Times)

Untuk memaksa Wang meninggalkan kepercayaan Falun Gong, Wang telah didera dengan teruk, mengalami masalah kekurangan tidur dan pelbagai penyeksaan lain.

Wang menambah, pegawai polis pernah mengikat beliau di atas kerusi logam khas, beliau dipukul secara bergilir-gilir. Apabila mereka penat memukul, pegawai tersebut merenjat cota elektrik kepadanya. Akibat penyeksaan itu, Wang memberitahu kemaluannya telah hangus hitam dan mengalami masalah denyutan deras jantung.

1500 pengamal ajaran Falun Gong berhimpun di hadapan Pejabat Konsulat China di San Fransisco bagi memberitahu masyarakat bahawa penindasan pengamal Falun Gong masih lagi berlaku di China. (Benjamin Chasteen/Epoch Times)
1500 pengamal ajaran Falun Gong berhimpun di hadapan Pejabat Konsulat China di San Fransisco bagi memberitahu masyarakat bahawa penindasan pengamal Falun Gong masih lagi berlaku di China. (Benjamin Chasteen/Epoch Times)

Seksaan Wang tidak terhenti di situ sahaja, Wang pernah merasakan ajalnya sudah sampai apabila kepalanya pernah dimasukkan oleh pegawai polis ke dalam plastik hitam untuk mencekiknya. Seksaan yang dialami beliau begitu teruk sampai ia memerlukan rawatan perubatan.

sf-falun-gong-vigil-benjamin-chasteen1053-20161022-674x449

Namun demikian, walaupun berdepan dengan penyeksaan didalam penjara beliau masih berpegang kuat dengan ajaran Falun Gong. Beliau menambah, “Saya yakin prinsip kebaikan, kesejatian dan kesabaran bukan satu perkara yang salah.”

Wang terus berkonsgi pengalaman beliau ketika ditahan di dalam penjara. Teman sepenjaranya yang juga pengamal Falun Gong pernah dipukul terlalu teruk sehingga hempedu hijau keluar daripada mulutnya dan meninggal dunia keesokkan harinya.

1500 pengamal ajaran Falun Gong berhimpun di hadapan Pejabat Konsulat China di San Fransisco bagi memberitahu masyarakat bahawa penindasan pengamal Falun Gong masih lagi berlaku di China. (Benjamin Chasteen/Epoch Times)
1500 pengamal ajaran Falun Gong berhimpun di hadapan Pejabat Konsulat China di San Fransisco bagi memberitahu masyarakat bahawa penindasan pengamal Falun Gong masih lagi berlaku di China. (Benjamin Chasteen/Epoch Times)

Akhirnya pada akhir tahun 2013, Wang Liansu dibebaskan. Beliau berjaya mendapatkan visa untuk berhijrah ke Amerika Syarikat dan berjaya bersatu semula dengan isteri dan anaknya. Visinya kini ingin berkongsi pengalaman 12 tahun meringkuk dalam penjara dibawah pemerintahan kejam regim China kepada seluruh dunia.

Kini, beliau bersama 1500 pengamal ajaran Falun Gong dari lebih 30 buah negara berhimpun bagi memberitahu masyarakat bahawa penindasan seperti ini masih lagi berlaku di China dan harus serta merta dihentikan.

1500 pengamal ajaran Falun Gong berhimpun di hadapan Pejabat Konsulat China di San Fransisco bagi memberitahu masyarakat bahawa penindasan pengamal Falun Gong masih lagi berlaku di China. (Benjamin Chasteen/Epoch Times)
1500 pengamal ajaran Falun Gong berhimpun di hadapan Pejabat Konsulat China di San Fransisco bagi memberitahu masyarakat bahawa penindasan pengamal Falun Gong masih lagi berlaku di China. (Benjamin Chasteen/Epoch Times)

Penindasan kepada pengamal Falun Gong berlaku pada 20 Julai 1999. Atas dasar cemburu, Jiang Zemin iaitu bekas Presiden Parti Komunis China melancarkan propaganda bagi menyeksa, menangkap dan memenjarakan para pengamal ajaran ini. Ramai antara mangsa ini terbunuh dan organ badan mereka juga diambil.

1500 pengamal ajaran Falun Gong berhimpun di hadapan Pejabat Konsulat China di San Fransisco bagi memberitahu masyarakat bahawa penindasan pengamal Falun Gong masih lagi berlaku di China. (Benjamin Chasteen/Epoch Times)
1500 pengamal ajaran Falun Gong berhimpun di hadapan Pejabat Konsulat China di San Fransisco bagi memberitahu masyarakat bahawa penindasan pengamal Falun Gong masih lagi berlaku di China. (Benjamin Chasteen/Epoch Times)

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds