KUALA LUMPUR, 17 Oktober – Syarikat pakar kandungan Global Creative and Media Agency (GCMA) akan berusaha untuk meningkatkan jualan eksport kandungan di Thailand dan Indonesia sebanyak 20% dalam tempoh 3 tahun.

Sebagai langkah permulaan pembangunan perniagaan di kedua-dua negara tersebut, GCMA telah melantik Nathamon Singhathewakul sebagai wakil pengurusan di Thailand dan Hendy Lim sebagai wakil pengurusan di Indonesia Menerusi perkembangan ini, kedua-dua wakil pengurusan tersebut bertindak sebagai perantara bagi membantu GCMA dalam meningkatkan kualiti kandungan dalam negara -negara ini.

Menurut kenyataan GCMA, GCMA akan bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan swasta serta syarikat media dalam kedua-dua negara tersebut dengan menawarkan strategi baharu dan trend terkini dalam kandungan kreatif. Ketua Pegawai Eksekutif GCMA Adam Ham berkata, “GCMA telah membantu memupuk industri kreatif Malaysia sepanjang enam tahun yang lalu dengan mempromosikan kandungan tempatan ke pelbagai pasaran global dan acara perdagangan.”

Menurut Laporan Industri Tahunan MSC Malaysia 2015, jumlah jualan eksport kandungan kreatif dan teknologi meningkat kepada RM7.24bil pada 2015 daripada RM4.84bil pada tahun 2011.

“Kami berharap pengalaman dan kepakaran kami akan menyumbang dalam perkembangan industri kreatif negara-negara jiran,” kata Adam Ham.

Beliau turut mendedahkan bahawa GCMA akan berkembang ke Vietnam dan Filipina pada tahun hadapan. Perkembangan ini adalah sebahagian daripada rancangan 10-tahun GCMA sejak penubuhannya pada tahun 2011.

GCMA telah bekerjasama dengan pemimpin industri tempatan seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan lain-lain untuk mempromosikan kandungan tempatan seperti siri televisyen, filem, animasi, muzik dan lain-lain ke peringkat global.

Era Baru

 

Share
Kategori: BISNES Korporat

Video Popular

Ad will display in 09 seconds