KUALA LUMPUR, 15 Oktober – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini menzahirkan ucapan takziah atas kemangkatan Raja Thailand Bhumibol Adulyadej.

Menurut kenyataan Istana Negara, ucapan takziah Seri Paduka berdua itu susulan kemangkatan Raja Bhumibol, 89, di Hospital Siriraj, Khamis lepas.

Raja Bhumibol, yang menduduki takhta selama 70 tahun sejak 1946, merupakan raja yang paling lama memerintah di dunia.

BERNAMA

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds