Venus, sebuah planet yang juga dikenali sebagai Bintang Kejora atau Bintang Fajar (“morning star”) merupakan bintang yang paling terang. Dalam beberapa tahun belakangan ini, para ahli Sains telah menemukan sinar-X misteri yang dipancarkan oleh Venus namun bingung akan sebabnya.

Fenomena ini berlaku semasa Venus melintas matahari pada Jun 2012 yang lalu. Dalam kajian yang diterbitkan oleh Persatuan Astronomi Amerika dalam “Astronomical Journal” baru-baru ini, ahli astronomi dari Institusi Astrofizik Nasional (INAF) di Itali mendapati bahawa radius optik Venus ialah 150km lebih besar apabila diperhatikan dengan kehadiran sinar-X tersebut berbanding pemerhatian umum sebelum ini.

Fenomena ini telah mengejutkan para ahli Sains yang pada awalnya menyangka bahawa ia berpunca daripada kesalahan peranti. Walau bagaimanapun, kemungkinan ini disangkal setelah gabungan data daripada Hinode Solar-B, satelit eksplorasi matahari dan Balai Cerap Dinamik Suria (SDO), misi yang dilancarkan oleh NASA untuk mengkaji atmosfera matahari berserta hasil perbandingan pemerhatian tahun 2001 dan 2006 berjaya membuktikan bahawa citra sinar-X Venus ini sememangnya luar biasa.

Ahli Sains melaporkan bahawa “Kami tidak dapat menjelaskan secara pasti sebabnya. Mengikut pengiraan kami, fenomena ini mungkin berhubungan dengan kesan sebaran di kawasan magnetotail Venus.”

Venus didapati memiliki medan magnet yang meningkat kuasanya apabila berada di bawah pancaran tenaga matahari yang kuat sehingga medan magnetnya kelihatan seperti segaris ekor yang panjang justeru digambarkan sebagai magnetotail atau “ekor magnet”.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds