KUALA LUMPUR, 12 Oktober – ACCA (Persatuan Akauntan Bertauliah) hari ini telah mengambil langkah ke hadapan yang penting dalam membentuk masa depan perakaunan dengan membentuk semula kelayakan akauntan peringkat Sarjana supaya menyesuaikan profesion perakaunan dengan cabaran strategik abad ke-21.

Ketua Eksekutif ACCA Helen Brand OBE berkata, “Reka bentuk semula kelayakan ACCA akan memberi pelajar kemahiran pemikiran strategik yang diperlukan oleh akauntan profesional moden dalam membentuk perniagaan global masa depan.

“Kami membekalkan kelayakan yang memenuhi permintaan akauntan profesional dalam abad ke-21, di samping mengekalkan standard yang ketat dalam kemahiran teknikal, etika dan profesional yang menjadikan ACCA sebagai penanda aras antarabangsa bagi kelayakan perakaunan. Langkah-langkah ini adalah penting kerana ia akan memastikan kerapian dan relevan kelayakan kekal penting kepada penawaran ACCA dalam pasaran yang sedia ada atau yang baru muncul.”

Inovasi terkini ACCA atas peringkat tertinggi kelayakannya adalah peperiksaan tahap Professional baru Strategik, yang akan menggantikan peperiksaan tahap Professional yang sedia ada berkuatkuasa September 2018. Modul Etika dan Kemahiran Profesional juga akan diperkenalkan pada bulan Oktober 2017.

Reka bentuk yang baru ini dapat meningkatkan lagi tahap kelayakan, dengan lebih fokus kepada kemahiran pekerjaan dan aplikasi praktikal teras di tempat kerja.

Helen menekankan kerapian ACCA dalam merancang perubahan. Beliau berkata, “Perundingan menyeluruh dan teliti dan ujian reka bentuk dengan beratus-ratus ahli, majikan, eksekutif C-suite dan pelajar dari seluruh dunia dalam tempoh dua tahun itu membantu kita mereka bentuk kelayakan ini dengan begitu baik.

“Kami bukan sahaja mendengar cadangan daripada profesional dan majikan, tetapi kami juga telah mempertimbangkan dengan teliti apa yang akan menjadi satu ciri penting untuk akauntan pada masa depan.”

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds