SHAH ALAM, 11 Oktober – Timbalan Pengurus Besar Pentadbiran dan Pembangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Noraida Mohd Yusof, 58, dilantik menjadi Pengurus Besar baru perbadanan itu berkuatkuasa pada 7 Oktober lalu.

Menurut kenyataan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), pelantikan Noraida adalah untuk menggantikan Azlan Md Alifiah yang telah tamat perkhidmatan secara pinjaman sebagai Pengurus Besar PKNS pada 31 Julai lepas.

Noraida yang sudah berkhidmat di PKNS hampir 32 tahun mencatat sejarah kerana beliau merupakan wanita pertama yang memegang jawatan Pengurus Besar di perbadanan itu.

Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian Ekonomi dari Universiti Malaya pada tahun 1982, Noraida berpengalaman luas di dalam bidang pentadbiran dan pembangunan, pengurusan hartanah dan sumber manusia.

Pada 2012, beliau memperoleh Sarjana Eksekutif Antarabangsa Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Strategik) dari Paris Graduate School of Management dan Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Hartanah) dari Euregio Management School of Stitching Euregio University College, Belgium pada tahun 2014.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds