BISNES, Korporat

Emerald Media melabur AS$50 juta dalam YUPPTV

Emerald Media melabur AS$50 juta dalam YUPPTV
Emerald Media telah memperolehi satu kepentingan minoriti yang signifikan di dalam YuppTV dengan nilai AS$50 juta. (Business Wire)

MUMBAI, India, 11 Oktober – Emerald Media, sebuah platform Pan-Asia yang diwujudkan oleh firma pelaburan global terkemuka KKR untuk melabur di dalam sektor media dan hiburan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperolehi satu kepentingan minoriti yang signifikan di dalam YuppTV dengan nilai AS$50 juta.

Menurut kenyataan Emerald Media, YuppTV adalah satu daripada platform video over-the-top (OTT) yang terkemuka di dunia bagi kandungan Asia Selatan yang menawarkan TV secara langsung, catch-up TV dan filem.

Modal pertumbuhan itu akan membolehkan YuppTV untuk memperluaskan tapak kehadirannya di seluruh dunia, mengembangkan kandungan perpustakaannya melalui penerbitan asal dan pengambilalihan, dan mengembangkan dengan pesat pangkalan pelanggan berbayar mereka.

Beribu pejabat di Atlanta, Georgia, YuppTV merupakan sebuah platform TV Berbayar Internet yang terkemuka bagi Asia Selatan, dengan menjangkau ke lebih 400 juta isi rumah di seluruh dunia.

YuppTV menawarkan lebih 250 saluran TV Asia Selatan, lebih 5000 filem dan lebih 100 rancangan TV kepada penonton di seluruh dunia, dengan memberi tumpuan kepada Amerika Syarikat, United Kingdom, Timur Tengah, Kanada, Singapura, Malaysia, Australia, New Zealand dan Caribbean.

Kenyataan Emerald Media berkata, YuppTV telah memperolehi populariti yang besar di India setelah dilancarkan baru-baru ini di pasaran. Dengan tumpuan awal di India Selatan, syarikat itu telah beransur-ansur berkembang ke seluruh negara. Ia juga baru-baru telah melaksanakan cadangan tepat masa berasaskan analisis termaju di TV secara langsung, untuk menjadikan kandungan lebih mudah diperolehi.

Uday Reddy, Ketua Pegawai Eksekutif YuppTV, berkata, “YuppTV adalah sebuah platform pengedaran kandungan dengan hubungan pengguna yang kukuh, dan Emerald Media mempunyai perhubungan media di peringkat global. Kami berharap untuk memanfaatkan hubungan mereka dan aset yang sedia ada bagi mewujudkan pengaturcaraan asal dan membuat platform ini satu kuasa kandungan dan pengedaran pada generasi akan datang.”

Rajesh Kamat, Pengarah Urusan bagi Emerald Media, berkata, “Emerald Media percaya dalam memacukan perubahan dan mewujudkan nilai dengan menyediakan satu gabungan modal, pengetahuan domain dan pengurusan jalur lebar yang tersendiri. Dunia sekarang sedang bergerak daripada penggunaan tradisional kepada pengantara penghantaran pelbagai skrin. YuppTV menyediakan satu gabungan teknologi yang unik, perhubungan kandungan yang kukuh dan pendapatan berskala dan akan menjadi pendorong kepada visi kami untuk membina sebuah syarikat media zaman baru.”

Paul Aiello, Pengarah Urusan bagi Emerald Media, berkata, “Uday dan pasukannya telah mewujudkan satu platform video dalam talian yang luar biasa dengan asas pelanggan yang setia yang menyedari potensi besar diaspora India di seluruh dunia. Pelaburan dan perhubungan kami akan membolehkan YuppTV untuk melanjutkan lagi kedudukan kepimpinan mereka yang kukuh di dalam ruang OTT yang pesat berkembang.”

Pada September 2015, YuppTV telah mengumpulkan pembiayaan pusingan Siri A mereka daripada Poarch Creek Indian Tribe Alabama. YuppTV mempunyai lebih 10 juta muat turun aplikasi mudah alih, sebagai tambahan kepada 50 juta prapasang pada Samsung TV di seluruh dunia dan lebih 300,000 muat turun pada TV Pintar LG, menjadikannya sebagai salah satu Aplikasi TV Pintar yang paling banyak dimuat turun.

Aplikasi YuppTV juga merupakan aplikasi kedua paling popular di Android Playstore di India (Hiburan) dan satu-satunya aplikasi di Asia Selatan yang tersedia bagi PS3™ dan PS4™.

Era Baru

Kategori:BISNES Korporat

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

loading...