Benua Amerika, GLOBAL, VIDEO

Taufan Matthew mungkin menyerang Florida kali kedua

Taufan Matthew mungkin menyerang Florida kali kedua
Menurut laporan media Amerika Syarikat, Taufan Matthew dijangka mendarat di Florida pada awal Jumaat dan menyebabkan banjir besar pada hujung minggu dari Florida ke South Carolina. (Joe Raedle/Getty Images)

Kemungkinan besar Taufan Matthew akan menyerang Florida kali kedua dalam beberapa hari akan datang.

Menurut laporan media Amerika Syarikat, Taufan Matthew dijangka mendarat di Florida pada awal Jumaat dan menyebabkan banjir besar pada hujung minggu dari Florida ke South Carolina. Kemudian, ia akan patah balik ke laut pada hari Ahad.

Kebanyakan taufan yang terbentuk di kawasan ini akan mendarat di pantai timur dan kemudian patah balik ke lautan Atlantik. Akan tetapi keadaan Taufan Matthew agak berbeza kerana satu taufan lagi terbentuk dekat kawasan Bermuda, iaitu Taufan Nicole. Cara mereka berinteraksi akan mendatangkan kesan yang seterusnya ke kawasan ini.

Taufan Nicole mungkin akan menolak Taufan Matthew kembali ke arah darat. Kemungkinan Taufan Matthew bergerak dalam bentuk gelung penuh dan mendarat di Florida buat kali kedua.

Pakar meteorologi berkata bahawa, adalah sukar untuk meramalkan bagaimana kedua-dua taufan itu berinteraksi dengan satu sama lain. Jika Taufan Matthew tidak menyerang Florida kali kedua, ia akan menjadi ribut tropika yang lebih lemah.

Taufan Matthew telah menyebabkan sekurang-kurangnya 283 orang mangsa mati di Haiti apabila ia melanda kepulauan Caribbean. Kebanyakan mangsa dibunuh oleh pokok tumbang, serpihan yang berterbangan dan banjir. Berpuluh-puluh buah mayat ditemui di bandar Les Anglais.

kebanyakan mangsa terbunuh akibat dihempap pokok tumbang, serpihan besi dan kayu berterbangan serta banjir apabila Matthew membadai negara itu dengan kelajuan lebih 230km sejam.

Taufan kemudiannya bergerak menuju ke bahagian tenggara Amerika Syarikat pada hari Khamis. Presiden Obama telah mengisytiharkan darurat di Florida memandangkan taufan ini membawa ancaman besar kepada penduduk di kawasan ini.

Menurut laporan FlightAware, sehingga pagi Khamis, lebih kurang 2700 penerbangan dibatalkan akibat daripada ancaman Taufan Matthew.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

loading...