Benua Amerika, GLOBAL

Ribuan rakyat Amerika larikan diri dari Taufan Matthew

Ribuan rakyat Amerika larikan diri dari Taufan Matthew
USAStorm

(NOAA)

Beribu-ribu rakyat Amerika Syarikat di kawasan timur sedang memindah ke kawasan pedalaman untuk melarikan diri dari Taufan Matthew, ribut taufan paling ganas yang melanda Benua Amerika dalam dekad ini.

Gabenor Carolina Selatan Nikki Haley mengarahkan pemindahan penduduk kawasan rendah Charleston dan Beaufort pada pukul 3 petang hari Rabu, tetapi dia menggesa penduduk di Georgetown dan Horry County jangan berpindah sehingga Khamis.

Menurut NBC News, Haley berkata bahawa mereka cuba bertindak mengikuti perubahan keadaan Taufan Matthew.

“Beaufort dan Charleston pasti perlu memindahkan diri pada pukul 3 petang. Kami mendapati bahawa kerana ribut telah menjadi perlahan dalam pergerakannya, jadi pemindahan untuk penduduk Georgetown dan Horry boleh ditunda ke hari esok,” kata Haley.

Bahagian tenggara Florida akan dilanda Matthew pada petang Khamis oleh angin sengit. Kemungkinan Melbourne dan Pantai Daytona Beach akan dilanda hujan dan angin kencang mulai pagi Jumaat.

Charleston, South Carolina, dan kawasan pantai lain di Amerika akan mula dianda oleh taufan pada Sabtu pagi.

Sebelum ia mendarat di Amerika Syarikat, Taufan Matthew akan melanda rantaian pulau Bahamas, termasuk Freeport dan Nassau. Taufan tersebut dijangka akan mengakibatkan kemusnahan besar kepada kawasan ini.

Pusat Taufan Negara Amerika Syarikat berkata bahawa angin luar Matthew telah mengaut Bahamas pada pukul 11 pagi waktu tempatan, dijangka mengancam Nassau, ibu negara Bahamas, dan 175,000 penduduk di bandar ini.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

loading...