PUTRAJAYA, 5 Oktober – Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin negara Brunei. Kedua-dua Pemimpin sangat berpuas hati dengan jalinan persahabatan di antara kedua-dua negara yang disifatkan sebagai berada pada tahap yang amat baik ketika ini.

Datuk Seri Najib mengadakan rundingan dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Putrajaya pada 4 Oktober 2016 sempena Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-20 antara Malaysia dan Brunei.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri Malaysia, kedua-dua Pemimpin antara lain telah membicangkan isu-isu dua hala yang berkepentingan termasuk pelaksanaan persetujuan yang terkandung dalam Pertukaran Surat (Exchagne of Letters) yang telah ditandatangani oleh Pemimpin Malaysia dan Brunei pada 16 Mac 2009.

kedua-dua pemimpin juga membincangkan mengenai kepentingan meningkatkan kesalinghubungan di antara Malaysia dan Brunei melalui Projek Lebuhraya Pan Borneo. Mereka bersepakat agar pegawai-pegawai dari kedua-dua negara untuk memulakan perbincangan berhubung aspek teknikal pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo tersebut.

Mereka seterusnya bersetuju untuk menambahbaik dan memudahkan proses pemeriksaan imigresen di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di antara Malaysia dan Brunei agar ianya memudahkan perjalanan bagi pelawat dari kedua-dua negara.

Mereka juga mengalu-alukan pemeteraian Memorandum Persefahaman di antara Malaysia dan Brunei berhubungan dengan kerjasama dalam bidang teknologi hijau.

Selain itu, kedua-dua pemimpin juga bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds