HONG KONG, 5 Oktober – Laporan baru yang dikeluarkan hari ini oleh The Economist Intelligence Unit (EIU) mendapati bahawa proses perbandaran pantas dan pertumbuhan yang kukuh di rantau Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) akan menambahkan golongan kelas pertengahan bandar sebanyak empat kali ganda daripada 38 juta pada tahun 2015 ke 161 juta pada 2030.

isi rumah yang berpendapatan US $ 10,000 atau lebih setiap tahun. (EIU Canback)
Golongan kelas pertengahan bandar ASEAN: Isi rumah yang berpendapatan US $ 10,000 atau lebih setiap tahun. (EIU Canback)

Walau bagaimanapun, pertumbuhan penduduk bandar akan terus memberi tekanan kepada infrastruktur dan perkhidmatan yang telah menjadi regang di bandar-bandar di rantau ini.

Miguel Chanco, Ketua Penganalisis ASEAN di The Economist Intelligence Unit, berkata, “Dengan KDNK tergabung sebanyak AS$ 2.4trn, ASEAN menjadi bandan ekonomi keenam terbesar di dunia. EIU meramalkan bahawa proses integrasi ekonomi yang semakin meningkat di rantau ini akan menyebabkan ekonomi berkembang pada kadar 5% setahun secara purata dalam tempoh lima tahun akan datang. ”

50 bandar terbesar di ASEAN akan terus memacu bahagian yang besar daripada pembangunan ekonomi di rantau ini. Projek-projek EIU yang menggabungkan penduduk-penduduk di empat bandar utama Malaysia, iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Ipoh, yang merangkumi 40% daripada jumlah penduduk Malaysia tetapi akan menyumbang 66% kepada pendapatan boleh guna peribadi negara ini pada tahun 2030.

Laporan EIU ini juga meramalkan bahawa walaupun Negara Thai mempunyai kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi, negara ini akan turut mengalami penguncupan ketara dalam tenaga buruh.

Pakar Economi di The Economist Intelligence Unit Roxana Slavcheva berkata, “Proses perbandaran yang pesat di ASEAN yang telah kita lihat dalam beberapa dekad kebelakangan ini telah menciptakan potensi keuntungan ekonomi yang besar. Walau bagaimanapun, keuntungan ini hanya boleh menjadi kenyataan jika kerajaan dapat menguruskan proses perkembangan pusat-pusat bandar ini dengan cekap dan berkesan.”

Sebilangan besar pendatang luar ke bandar-bandar untuk mengejar kehidupan yang lebih baik telah menyumbang kepada ketidaksamaan pendapatan di pusat-pusat bandar. Pada tahun 2015, hanya 2% daripada isi rumah di Jakarta memperoleh pendapatan melebihi AS$ 75,000, manakala hampir separuh berpendapatan kurang daripada US$ 10,000. Selain itu, kira-kira satu pertiga daripada penduduk Manila menganggap diri mereka sebagai miskin.

Era Baru

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds