CINCINNATI, 5 Oktober – Bioline, anak syarikat milik penuh Meridian Bioscience, Inc. mengumumkan bahawa kemudahan R&D London dan pengilangan Berlin kini diiktiraf sepenuhnya memenuhi standard kualiti ISO 13485.

Menurut kenyataan Syarikat Meridian Bioscience, Bioline mengiktiraf kepentingan pematuhan kepada sistem pengurusan kualiti dalam pembangunan, pengilangan dan pembekalan komponen ujian kepada arena diagnostik molekul. Bioline komited untuk memenuhi standard kualiti keperluan rakan kongsi perindustrian mereka dalam usaha mencapai pensijilan ujian. Bioline mengumumkan kemudahan pengeluaran di Berlin dan kemudahan penyelidikan di London kini disahkan memenuhi standard kualiti ISO 13485.

Marco Calzavara, Presiden Bioline, mengulas, “Pensijilan ISO 13485 kami bermaksud kami menawarkan keyakinan penuh terhadap Bioline sebagai pembekal komponen ujian diagnostik molekul. Kami berharap agar dapat meluaskan sumbangan kami kepada pembangunan ujian diagnostik molekul yang meningkatkan kesihatan haiwan dan manusia.”

Richard L. Eberly, Presiden, Ketua Pegawai Komersial, menyatakan, “Pensijilan ISO 13485 kami merupakan pencapaian penting dalam kemajuan Bioline. Pematuhan kami terhadap standard kualiti dibina pada pemahaman kami terhadap keperluan rakan kongsi diagnostik kami dan menunjukkan komitmen kami untuk menjadi pembekal yang dipercayai dalam pembangunan ujian diagnostik molekul in vitro baharu ke arah masa depan. Kami berharap untuk mengukuhkan perniagaan sedia ada kami dan menjalinkan perhubungan baharu dengan pengilang diagnostik untuk keperluan pukal dan khas mereka di dalam rangka kerja sistem pengurusan kualiti ISO 13485.”

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds