Automobil, BISNES, GAYA HIDUP, GLOBAL, INSPIRASI, Korporat, VIDEO

Nissan mencipta kerusi pandu sendiri untuk mempromosikan kereta pandu sendiri

Nissan mencipta kerusi pandu sendiri untuk mempromosikan kereta pandu sendiri
Kerusi ProPilot direka oleh Syarikat Nissan untuk mempromosikan teknologi kereta pandu sendiri. (Nissan)

Syarikat Motor Nissan menemui satu idea pemasaran yang kreatif untuk mempromosikan teknologi pandu sendiri, iaitu sistem ProPilot. Pengeluar kereta Jepun tersebut mencipta prototaip kerusi pandu sendiri yang secara automatik bergerak di sepanjang laluan yang ditetapkan semasa menunggu giliran.

Kerusi ini telah mengurangkan beban pelanggan untuk berdiri menunggu dalam barisan.

Selain itu, kerusi tersebut boleh digunakan di luar restoran yang sesak.

“Kerusi ProPilot dapat mengesan dan secara automatik bergerak mengikut kerusi di hadapannya, ia juga dapat mengekalkan jarak yang tetap sepanjang perjalanannya,” kata Nissan dalam satu kenyataan akhbar.

Sumber inspirasi kerusi pandu sendiri adalah berdasarkan kepada kereta pertama Nissan yang dilengkapi dengan teknologi pandu sendiri itu, iaitu minivan Serena yang telah dipasarkan pada bulan Ogos.

“Teknologi ini telah mempamerkan teknologi baru kami sambil mempromosikan ProPilot dan melangkah ke arah teknologi kenderaan pandu sendiri,” kata Joshua Clifton, jurucakap Syarikat Nissan Amerika Utara.

Nissan merancang untuk menghantar demo ke restoran pada tahun 2017, tetapi tidak lagi mempunyai rancangan perniagaan yang selengkapnya lagi.

“Bermula dari sekarang sehingga 27 Disember, restoran di seluruh Jepun boleh memohon untuk menggunakan kerusi pandu sendiri dengan Tweeting nama dan laman web mereka bersama-sama dengan hashtags #NissanProPilotChair #Wanted,” umum syarikat itu.

Sistem ProPilot yang direka adalah untuk kegunaan lebuhraya trafik satu lorong. Teknologi ini bertujuan untuk meringankan beban kerja pemandu, terutamanya dalam trafik lebuhraya berat. Ia membolehkan kereta untuk mengikuti kereta di hadapan dan tetap berada di tengah-tengah lorong. Pada tahun 2018, Nissan merancang untuk melancarkan teknologi keupayaan penukaran lorong, iaitu teknologi yang sama dengan Tesla sekarang.

Nissan telah memasarkan 60 model kenderaan di bawah jenama Nissan, Infiniti, dan Datsun. Syarikat Nissan menjual lebih daripada 5.4 juta kenderaan di seluruh dunia.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

loading...