SHAH ALAM, 27 September – anak syarikat PKNS Worldwide Holdings Berhad (WHB) meneruskan program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) di bawah kempen Worldwide Prihatin bertempat di SACC Convention Centre, Shah Alam, Selangor hari ini.

WHB menambah portfolio baru di bawah inisiatif CSR iaitu memberi penekanan dan memperkasakan pendidikan dikalangan pelajar tempatan di mana WHB telah menyumbang produk peranti perubatan kepada universiti tempatan melalui Fakulti Perubatannya untuk tujuan latihan dan peningkatan kemahiran, mempelajari teknik jahitan pembedahan menutup luka besar dan kecil selain memberi sumbangan kepada Perpustakaan Raja Tun Uda (PPAS).

Kenyataan WHB berkata bahawa, WHB melalui anak syarikatnya Worldwide Medivest Sdn. Bhd. telah memberi sumbangan produk VESTI kepada hospital kerajaan antaranya Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang, Hospital Serdang & Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk kegunaan prosedur pembedahan kepada golongan yang memerlukannya.

Antara universiti yang menerima sumbangan seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), MAHSA University & Management Science University (MSU).

WHB turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM110,000.00 dalam bentuk tunai dan bantuan peralatan perubatan jenama VESTI untuk kegunaan mangsa perang yang berada dihospital dan di kem pelarian di Gaza & Syria.

WHB juga akan berkolaborasi dengan pihak Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) dan Aman Palestin Malaysia dalam kutipan dana bagi misi kemanusiaan dengan meletakkan tabung kutipan dana di pejabat korporat, pejabat jualan, anak syarikat, tapak-tapak projek dan ruang pameran hartanah dan perkhidmatan WHB.

Worldwide Holdings memberi penekanan kepada 4 portfolio CSR iaitu Pembangunan Sukan Berprestij, program hijau alam sekitar, memperkasakan pendidikan dan menggalakkan pembacaan serta melaksanakan tanggungjawab sosial dan kemasyarakatan.

Sebanyak RM50,000.00 diberikan kepada Perpustakaan Raja Tun Uda (PPAS) bagi tujuan pembelian buku pendidikan untuk kegunaan masyarakat terutamanya pelajar.

Ketua Pegawai Eksekutif Worldwide Holdings Berhad, Datin Paduka Norazlina Zakaria dalam ucapannya berkata, usaha menjenamakan WHB sebagai warga Korporat yang prihatin, WHB menumpukan kepada 4 bidang utama iaitu sukan, alam sekitar/hijau, pendidikan dan sosial.

Antara rakan strategik CSR WHB adalah dari pihak hospital, universiti, perpustakaan dan pihak NGO seperti MyCare dan Aman Palestin dengan harapan ianya akan meningkatkan jaringan kerja dengan pihak-pihak yang berkenaan khususnya dalam memberikan perkhidmatan.

Turut hadir, Pengerusi WHB, Datuk Nordin Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare, Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Faizal Tahir, Ikon Kemanusiaan MyCare & Personaliti TV Al-Hijrah Syafinaz Yunus.

Era Baru

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds